Tiada politik wang dalam pemilihan PAS.Pakatan Rakyat harus fokus Perak & PRK Penanti serta hebahan info sebenar kepada rakyat.
Pada teman jangan layan isu ini, anggap akhbar Sinar perlu sesekali atau selang sehari kena ambil hati BN/UMNO .Nak jadi citer,editor besar akhbar Sinar adalah teman kawan sekolah teman semasa di Aminudin Baki dulu.Husband beliau dilaporkan orang kuat Bahagian Ceras ...tak tau lah dipilih lagi,lama dah teman tak hubungi beliau.Kalau akhbar Sinar ini, tutup kedailah Utusan Meloya & Berita Hairan kerana ramai tak percaya kedua akhbar pembohong & pembodek nak mampus ini.
KUALA LUMPUR, 15 Mei :- Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.
Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.
Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.
"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.
"Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.
Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.
Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.
Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno.Harakahdaily.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment