Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 22, 2009

PROJEK TANAM CILI KULAI RAMAI PENEROKA CINI TERKULAI !

Masaalah Tanaman Cili Kulai di Rancangan Felda
Artikal ini atas pngalaman saya sendiri.............
Tanaman Cili Kulai di Cini 04 .
487 orang telah mengambil bahagian pengusahakan ladang kontrak dengan FAMA dengan 20 bag pokok lada seorang ...
Nampak lucu....Tapi kita kena buat kerana ini saranan PM kita agar kawasan perumahan kita dipenuhi tanaman sayur-sayuran (Edible Garden ).
Bab agihan tanah,anak benih ,baja ,racun dan penjagaan saya akan cerita kemudian...
Kali ini dalam bab pengumpulan hasil ..
Apabila lada sudah boleh dituai,pengurus rancangan mengarahkan semua peneroka menghantar hasil tuaian ketempat pengumpulan kerana pehak FAMA akan datang untuk mengambil hasil tuaian tersebut.
Ketua-ketua blok mengambil peranan penting kerana ketua bloklah yang akan mengutip buah tersebut disetiap rumah,
dikumpulkan ,ditimbang dan dihantar ketempat pengumpulan.
Sampai ketempat pengumpulan Ketua (saya) disitu akan menimbang semula secara keseluruhan dalam satu blok dan dicatit dalam borang yang telah tersedia.
Keseluruhanya semua blok menghantar ketempat pengumpulan ......

Masaalah yang timbul...
Ketua-ketua blok atau wakilnya bagai angan-angan tahi ayam sehari dua hantar ..lepas tu...berbagai-bagai alasan tak nak hantar ketempat pengumpulan....
Alasan yang sering saya dengar ...
"buah tak ada,saya sebuk,harga murah ,kerja teruk kena kutip tak dapat upah,tuan rumah tak nak jual,.lada tak boleh jual kerana buah rosak.."
Semua alasan benar belaka kerana itulah alasan seorang peneroka..
tetapi ada benarnya..
"buah tak ada" - kerana sebelum ketua blok kutip tuan rumah kutip dulu tujuan kerana sayang sebab cantik,nak guna sendiri,nak jual kat luar,nak bagi saudara baru datang.
"saya sebuk"- seminggu tiga kali kena kutip lada memang agak sebuk kita bukanya tumpu sepenuhnya ..sedia maklum ketua ada sebahagian banyak jawatan dan tak mampu nak buat semua ,bagi pada timbalan tak mahu kerana tak dapat duit.
"harga murah"- bab ni yang susah kerana banyak peneroka tak faham...masaalah harga ladang ,harga borong dan harga runcit...apabila peneroka beli lada di pasar sekilo RM9.00 -12.00
apabila FAMA beli dengan harga siling RM4.00 adalah terlalu murah...dan perkara ini dijaja dikedai-kedai kopi maka berbagai-bagai tafsiran berlaku...dengan keadaan dia sendiri tak faham..
"tak ada upah " - ini lagi satu hal sikit-sikit nak upah...tak ada langsung nak buat kebajikan.99.99% ketua blok adalah orang-orang kuat dalam umno kalau tak umno payah sikit nak jadi ketua blok. kita harus terima hakikat bahawa dalam umno memang telah dididik ada kerja ada duit.dan ini lah kesannya..........jauh kalau dibandingkan dengan orang Pas ...orang Pas kadang-kadang dahlah kena buat kerja... kena keluar duit lagi...ini hakikat yang sebenar...bukan mengada-gada.
"lada rosak" - cuba kita bayangkan 487 pengusaha lada dalam satu rancangan...berbagai karenah ,..
kita kata bubuh racun..dia kata pak apa..dah bubuh bawang putih...
kita kata ini pokok ada kulat batang kena cabut dan bakar ...dia kata ...tak apa saya tau la...
dan bermacam-macam lagi...
Ditempat pengumpulan pula masaalahnya...
Apabila kita beli dengan peneroka keseluruhan 150 kilogram (sebagai contoh )
Apabila kita campur semua kita timbang dan jual pada FAMA tidak sampai 150 kilogram disini ada susut nilai...dan tiap tiap kali buat pengumpulan mesti kurang timbangan ...setiap kali jualan 2.5-17 kg mengalami susut ( kerugian )
Semua peneroka dah tau harga FAMA -+RM4.00 ...
Cara untuk mengatasinya
keputusan kita ambil 20% untuk menampung kerugian ,upah dan perbelanjaan taman semula.
Peneroka tak puas hati sebab dia terima RM 3.20 sekilo akhirnya banyak peneroka tidak menghantar lada ketempat pengumpulan dengan alasan lada tak ada sedangkan kita dah bagitau lada akan berbunga sebanyak 5 kali dan baru semusim tuaian (sekali bunga ) dah tak berminat lagi.
Dan...dan...dan...dan banyak lagi masaalah ....
Tapi masaalah ini hanya 35% sahaja yang lainnya baik belaka.....
Sebagai contoh Felda Chini 04 pengeluar lada terbanyak dalam program pasa pertama ini dari pada 22 rancangan yang ikut serta
Saya tak yakin rancangan lain boleh mengatasi pencapaian 3 tan yang telah dicapai oleh chini 04.
Ia boleh dicapai dengan syarat tidak dibagi pada peneroka 20 pokok sebaliknya beri 50 pokok keatas atau secara berkelompok dalam blog .saya rasa dengan cara ini sahaja baru boleh mencapai sasaran yang dikehendaki

No comments: