Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 21, 2009

KITA MASIH ENGGAN TERIMA BAHAWA JENAYAH KEJAM ADALAH BALA KERANA MENINGGALKAN HUKUM ALLAH?


Kalau dihalusi jelas kepada kita, bila kita meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, maka kita diperingatkan bahawa tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan.

Kejadian yang berlaku di siang hari di kawasan perumahan menimbulkan banyak persoalan tentang tahap jenayah dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
Lebih menyedihkan lagi semasa kejadian, mangsa sedang berbual melalui telefon dengan suaminya Jafri Tajul Aripin sambil mendukong anak bongsunya. Tiba-tiba sisuami mendengar jeritan isterinya yang tanpa disedari diserang dan ditetak berkali-kali oleh pembunuh tersebut. Jeritan yang si suami pasti tidak akan lupa selama-lamanya!
Pembunuh itu berjaya ditahan dan ditangkap oleh jiran mereka Ahmad Hanafiah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.Pembunuhan kejam & zalim Wah Yah Matzi (42), anak bongsunya Ermin Danish Jafri (5) dan pembantu rumahnya Dani (20an) di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam sangatlah mengejutkan.
Lelaki pembunuh berusia 26 tahun sanggup membunuh kerana nak kebas sebuah komputer laptop. Tanpa belas 3 nyawa terbang termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun!
Teman melihat penyakit membunuh orang tanpa belas ehsan kini semakin menjadi-jadi.

Masih teringat kes Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3!
Dua hari lepas, Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan.

Sudah tidak menjadi perkara pelik hari ini kalau mendengar berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, malahan disorok bawah katil pun ada.
Sudah ada kes anak gadis baru belasan tahun membawa buah hati tidor dibiliknya dan melakukan seks dengan makbapak tidur dibilik sebelah berdengkur tak tahu cerita!
Dan banyak lagi kes-kes bunuh dan jenayah berat yang dilakukan atas sebab yang terlalu remeh.
Seolah-olah manusia hari ini sudah tiada perasaan belas ihsan, sudah hilang perasaan kemanusiaan. Mereka muncul bagai binatang & haiwan bertopengkan manusia.
Apa dah jadi sebenarnya dengan manusia hari ini. Dan yang terkilannya ramai dikalangan syaitan-syaitan ini adalah dikalangan orang Melayu.
.

No comments: