Dilaporkan oleh Pahangdaily bahawa Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Sidek Hassan akan dilanjutkan kontraknya lagi setahun. Beliau yang telah dilantik semula secara kontrak untuk tempoh setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa pelantikan Sidek, 58, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Menurut kenyataan itu, pelantikan semula tersebut adalah berdasarkan kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara itu masih diperlukan terutamanya dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Teringat cadangan Prof Abu Hassan Abdullah agar UMNO membariskan pemuda-pemuda yang berkarisma dan berkelayakan agar bersedia menjadi pelapis serta berkebolehan menggantikan pemimpin yang lama dan telah bersara.
Pemimpin tertinggi UMNO harus memberi kepercayaan penuh dan yakin pelapis mereka boleh diketengahkan bukan dengan cara menyambung kontrak pemimpin yang telah tua dan disebabkan telah terkenal maka diberi sambungan hayat tugas lagi.
Persoalannya, apakah tidak ada calon yang layak untuk menggantikan tempat Tan Sri Sidek sebagai Ketua Setiausaha Negara?. Bukankah dalam perkhidmatan awam sendiri kita memiliki ramai individu yang mahir, berkhelayakan dan pakar dalam bidang tersebut. Apakah rasional beliau di sambung kontraknya?. Risikan kami mendapati, salah satu punca Tan Sri Sidek dilanjutkan kontraknya kerana beliau adalah berasal dari Kg.Cherok Paloh di Pekan Pahang. Ini bermakna beliau merupakan "satu kapal" dengan Perdana Menteri, Najib Razak itu sendiri. Mungkin juga Najib lebih serasi jika orang Pekan mengisi jawatan tersebut daripada diberikan kepada orang luar yang tidak boleh dipercayai. Sedemikian Najib selesa bila sepupunya Hishamuddin Hussein diletakkan sebagai Menteri Dalam Negeri serta Tengku Adnan menjada UMNO.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment