Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 22, 2009
DARI ALLAH KITA DATANG AKHIRNYA KEPADA ALLAH JUA KITA PERGI ! ADUN MANIK URAI
JAM 7:03 minit pagi tadi mso menerima dua SMS dan satu panggilan dukacita memaklumkan Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob, 60 atau lebih mesra dikenali Pak Su Weil (foto) telah meninggal dunia jam 5:55 pagi tadi.
Kedua SMS itu bagaimana pun tidak menjelaskan mengenai sebab-sebab kematian itu. Seminggu lalu seorang penjenguk blog Merah Tinta telah memberi tahu mengenai keadaan keuzuran Pak Weil di mana sebelah kakinya dipotong kerana sakit kencing manis.
Namun Tuhan nampaknya tidak mengizinkan untuk saya menemui Pak Su Weil buat terakhir kalinya. Hari ini, Jumaat 22 Mei Pak Su Weil telah dijemput-Nya untuk kembali ke alam asal. Al Fatihah.
Pak Su Weil bukan seorang Exco yang hebat, atau pemimpin Pas terkenal di Kelantan. Tetapi kalau sebut sahaja nama Pak Su Weil tidak orang yang tidak mengenalinya. Ia akan dirujuk kepada Adun Manik Urai yang mempunyai kehebatan dan kebolehannya tersendiri. Pak Su Weil tidak mempunyai kelulusan tinggi sampai ke peringkat universiti, hanya sekolah menengah sahaja, tetapi hati budi dan PR Pak Su Weil mengalahkan Adun-Adun yang lepas dari menara ganding.
Mesra, ramah dan pandai mengambil hati orang. Itulah rahsia Pak Su Weil kenapa berjaya menenangi kerusi Manik Urai sebanyak lima kali berturut-turut bermula pada tahun 1986. Bagi Pak Su Weil kejayaannya dikerusi itu sebagai rekod kerana memenanginya berturut-turut, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2008.
Kehebatan Pak Su Weil di Manik Urai terbukti apabila pada tahun 2004 Pas tidak meletakkannya bertanding di situ menyebabkan kerusi Manik Urai itu berpindah tangan kepada Umno.
Tahun 2008 apabila Pas meletakkan semula Pak Su Weil kerusi berkenaan menjadi milik Pas semula. Selain Adun Pak Su Weil juga merupakan pemimpin Pas kawasan Kuala Krai. Dalam pemilihan baru lalu Allahyraham ditentang oleh Zulkefli Yaacob untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, beliau menang dengan 550 undi.
Pak Su Weil juga dikenali sebagai seorang 'gedebe' dan berani. Juteru untuk beberapa ketika beliau dilantik menjadi pengarah keselamatan Pas. Bila ada pilihan raya kecil, Allahyaraham lah akan ditugaskan memastikan keselamatan.
Kini Pak Su Weil sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya jasa dan kenangan bersamanya saja. Semoga Allah mencucuri rohnya dengan segala keharuman dari jannah. Al Fatihah! [wm.kl. 8:15 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment