Ya Allah apa yang penyokong PM nie buat! Tak paham ke? PM dah jelaskan SATU MALAYSIA .Pernah beliau(PM) berkata dalam berita TV3 jika kita terjumpa ada kemalangan jalanraya misalnya adakah kita terus membantu atau kita kena tanya mangsa Islam atau bukan Islam? Kita sesama Islam kena prihatin.Takkan UBN lihat kes kecederaan hanya pada pembantu khas atau pemandu pada orang VIP atau ahli politik maka hak beliau sebagai manusia yang harus dibantu akan dinafikan?IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Polis hari ini menafikan laporan beberapa laman blog yang mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Yunus Jamhari diserang sekumpulan lelaki berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa serangan sebenarnya adalah pembantu khas kepada Adun berkenaan yang hanya mengalami kecederaan kecil di tangan akibat terkena pisau ketika mempertahankan dirinya.
"Saya ingin tegaskan bahawa motif serangan tidak ada kaitan langsung dengan hal politik. Sebaliknya ia berpunca akibat masalah peribadi melibatkan pembantu khas itu dengan kumpulan lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mat Fauzi yang enggan mengulas lanjut bagaimanapun mengesahkan polis telah menahan empat orang bagi membantu siasatan kes serangan berkenaan.
Bernama difahamkan pembantu khas berkenaan dan seorang wanita merupakan antara empat yang ditahan polis itu dan kesemua mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi berkata kejadian serangan dipercayai adalah bermotifkan cemburu yang melibatkan seorang wanita.
Beberapa laman blog melaporkan sekumpulan lelaki bersenjatakan cota dan senjata tajam yang tiba dalam tiga buah kereta telah menyerang pembantu khas berkenaan pada pukul 8.40 malam tadi ketika beliau sedang minum di sebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment