Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 4, 2009
PERUBAHAN GILA OLEH SPR DARI DULU LAGI,KINI & SELAMANYA KECUALI JIKA DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT. .
Kebangkitan rakyat akhir-akhir ini mengusarkan SPR bagaimana hendak membantu BN/UMNO memenangi hati rakyat.Banyak tindak-tanduk dan perubahan yang dilakukan oleh SPR banyak melalut dan tersasar dari norma pentadbiran dan norma kehidupan.Contoh terbaru , SPR hendak hadkan penyokong semasa penamaan calon seramai 5 ribu orang sahaja.Kalau dikatakan bangang marah pula, kalau ye pun ,ubah dulu undang-undang pilihanraya.Ini main tangkap muat dan ikut sedap rasa asalkan kerajaan yang memerintah BN suruh buat itu ini, bergegas SPR seolah-olah 'budak suruhan lagi dungu' akan terus buat tidak kira melanggar undang-undang atau tidak.
Bayangkan betapa ZALIMNYA SPR (DAN BETAPA JAHATNYA SPR) menyusahkan rakyat dan Pakatan Rakyat apabila pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dibuat pada hari bekerja iaitu hari Selasa?Butakah mata hati penyokong BN/UMNO ?pasaltu lah markas BN/UMNO kosong sebab mereka tidak bergerak jika tiada elaun.Mereka bekerja seperti robot yang diberi tenaga oleh bateri yang diibarakan sebagai wang.Yang ternyata sekarang ini dimana gelombang kebangkitan itu semakin menyerlah. Kelima lima PRK yang baru lalu itu, kita semua menyaksikan kehadhiran puluhan ribu penyokong bagi parti parti yang bertanding. Keghairahan ini berlaku gara gara pelbagai isu yang semakin ‘terketik bak cacing kepanasan’, rakyat mana yang tidak tahu bab pembunuhan Altantuya? penduduk mana yang tidak mahu mendengar kesah ‘fenomena’ isu lewat si-Saiful? penggiat politik mana yang mengenepikan pasal ‘lompatan’ tokoh tokoh ini? Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Zailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) Manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang menyertai PKR selama 10 hari, kembali semula ke pangkuan Umno. Siapa yang tidak kenal Ezam Mohd Nor?
Banyak isu isu yang menarik kebelakangan ini yang mana membuat ramai rakyat ‘bergelora’, umpama nya kes kerajan negeri Perak, kes perhimpunan UMNO, bagaimana dengan Khairy? Bagaimana dengan Rahim Tamby Chik? Apa kesah pula MB Selangor dengan kes lembu nya dan penceritaan Elizbeth Wong, dan tidak dinafikan pula Sultan Selangor dan Sultan Perak sudah banyak menyentuh perihal politik.
Bibit bibit ini membuat sebahagian dari rakyat ‘terasa’ dengan perlakuan politik tanah air. Bermula dengan PRK Permatang Pauh kehadhiran para penyokong parti masing masing, sudah mengatasi kebanjiran para penyokong dalam PRK sebelum ini. Berganjak pula ke PRK Kuala Terenganu, kedatangan ‘tetamu’ dari merata pelusuk tanah air kita, semakin mendebarkan sesetengah pihak. Maka munculah berpuluh ribu angggota keselamatan di Bandar Kuala Terengganu bersama khemah khemah raksasa nya dan pondok pondok polis mudah alihnya yg banyak disekitar Bandar itu. Sebelum ini saya sendiri belum pernah menyaksikan pasukan kereta perisai dan beberapa buah helicopter polis yg berlegar legar di sepanjang hari mengundi itu. Apa yang dicari?
Suasana ini beralih pula di PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang, berpuluh ribu kebanjiran pengunjung terus menyemarakan keadaan itu. SPR yang seolah olah ‘kuda kepang’ kepada joki nya mula terasa bahang yang menyesakan nafas sendiri. Selama ini hari yang dipilih untuk membuang undi atau pun penamaan calun pada kebiasaan nya di adakan pada cuti persekolahan atau pun pada hari kelepasan sabtu. Tetapi pada PRK Bukit Selambau , Bukit Gantang mahu pun Batang Ai hari pengundian sudah melangkah dari kebiasaan nya. Hari selasa yang menjadi galang ganti.
Hari selasa yg dipilih, kita semua sudah dapat menjangkakan apakah motif nya yang sebenar. Ketidakgembiraan badan ini sudah dinobatkan ketika PRK didua bukit itu lagi, sebab itulah hari selasa yg dipilih untuk hari pengundian, yg nyata ianya untuk mengelakkan kedatangan lebih ramai lagi para penyokong. Kalau dibuat hari sabtu atau hari ahad kita sudah mengagak ia nya bagaimana. Sekilas lembu sekandang, kita sudah tahu yg mana jantan dan yg mana yang tak berapa jantan nya. Pada siang tadi 17 april SPR mula bersuara dimana Pengerusi SPR Tan Sri AbAziz Yusof mengesahkan yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.
Yang nyata PRK di kerusi Penanti itu nanti,Jika diibaratkan plan SPR ialah dari plan A hingga plan Z maka mereka ini akan merealisasikan plan yang dinyakatan itu hingga plan Z walaupun plan A hingga plan W telah puas digunakan walaupun tidak berjaya.Allah telah menyatakan bahawa manusia boleh merancang, dan Allah jua merancang, namun sebaik-baik perancang adalah Allah SWT kerana Dia lebih tahu segala-galanya yang terbaik untuk hambaNya kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment