Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 4, 2009
THE BEST UMNO CANDIDATE IS ABD JALIL HEMAT AL_AZHARRI SIDDIQ(UBN)
ANALISA YANG DIFIKIR SENDIRI OLEH AL-AZHARRI(PENYOKONG BN)
1. TUN Dr. Mahathir Mohamad pernah kalah dalam PRU di Kedah, namun sudah ditakdirkan Allah SWT , maka Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.
2. DS Anwar Ibrahim melalui rangkaiannya di Amerika Syarikat terutamanya, melalui NED, FFF , dalam UMNO dulu melalui ABIM, dalam PAS melalui Erdogans, dalam PKR melalui IKD, boleh dikatakan paling gahlah dalam kalangan 27 Juta penduduk Malaysia, namun Allah SWT tidak mengizinkan Malaysia di perintah olehnya pada 16 September 2008
3. Pada tahun 1960an, PAP sangat popular berbanding MCA di Tanah Melayu, maka Singapura meletakkan Calon-Calon PRU PAP di Tanah Melayu dari Cina Singapura, namun semuanya kalah kecuali Devan Nair di Bangsar.
4. Pada tahun 1985, Bendera dan penyokong Parti BERJAYA di Sabah bagaikan lautan manusia semasa hari penamaan calon, akhirnya tumbang di tangan PBS.
5. Pada tahun 2004, PAS hanya menang 2 kerusi sahaja di Kelantan menggambarkan BN ada peluang merampas Kelantan jika pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan mengubah sikap tidak berpuak-puak. Masalah PAS bacalah luahan hati Nik Abduh betapa berkocaknya PAS, hanya mereka bijak menafi-nafikannya.
6. UMNO khususnya hendaklah mengambil advantage perubahan sokongan orang-orang Melayu di Bukit Gantang daripada PAS kepada UMNO dengan meneruskan momentum itu.
Kena ingat hampir 70% pengundi Melayu mengundi UMNO di Bukit Gantang, PAS hanya menang undi Melayu tidak sampai 5 Pusat Mengundi, lainnya semua merosot. Kemenangan PAS hanya diberikan oleh pengundi DAP sahaja.
Di Penanti jika UMNO menang maka petanda Anwar dan PR mengalami proses merudum. PRU13 adalah penentu Anwar berjaya atau tidak. Jika PRU13 Pakatan Rakyat masih gagal maka mereka akan menjadi seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU ) dahulu, Gagasan Rakyat yang semuanya berkubur.
Jika UMNO kalah, majoriti PKR merudum dan statistik undi Melayu meningkat kepada UMNO seperti di Bukit Gantang, itu pun petanda UMNO punya peluang besar dalam PRU13. Malah dalam 20,000 undi UMNO semasa PRK Permatang Pauh dahulu hendaklah dihormati juga.
7. Maka itu, penulis mencadangkan UMNO meletakkan calonnya. Majoriti Fairuz dahulu hanya lebih 3,000 undi bukanlah besar. Siapakah Calon paling sesuai, pada hemat penulis Ketua Bahagiannya ( Abd. Jalil ) kerana beliau pernah menang di situ pada tahun 2004 ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment