Macam hari-hari sebelumnya, kawan suka meninjau ke kampong-kampong, terutama dalam kawasan perkampongan FELDA, di mana ada warung kopi, ramai pelangan dan ada yang kawan kenal, kawan singgah menempel, berborak-borak, macam biasalah poket mesti kena keluar punya....... biasalah tu....
Gu 1 : “ Awak tau Yang, kalaulah semua wakil-wakil rakyat sekarang betul-betul ikut apa yang PM cakap, kawan berani kerat kelingking UMNO tetap dihati orang melayu“
Gu 2 : “ setuju dengan cakap awak gu, kawan betui-betui tak paham dengan wakil rakyat sekarang, awak nengok ade ke pernah datang tempat kita ?, jangankan nak datang jengok hari-hari, seminggu sekali, sebulan sekali pun kawan tak pernah jumpa, awak tau .......“
Gu 3 : “ Yang, kawan nampak wakil-wakil rakyat yang ada le ni, tak macam wakil rakyat dulu-dulu, yang dulu tu, seminggu sekali mesti datang melawat kawasan, sembahyang Jumaat kat masjid, bergili-gilir tempat setiap minggu. Ini tak, usah ke nak datang melawat kawasan, kadang-kadang jemput ke majlis-majlis pun hantar wakil je, manalah nak mesra rakyat “
“ Kalau tak caya, cuba awak gi pejabat kat YB kat bandar tu, sapa yang ngade, budak-budak kat pejabat tu, dah lah muka selamba je, tak mesra rakyat langsong, nak mintak sain (tandatangan) pun susah weh, macam-macam lagi lah, ramai yang merunggut awak tau... Kalau datang pun sembunyi-sembunyi, takut ramai orang tau, kalau awak nengok perangai pengiring-pengiring wakil rakyat lagi nyampah kawan nengoknya, bimbang kot kalau-kalau orang nak ngadu ke, mintak duit ke, mata semacam je jeling kat kita, masa pilihanraya bukan main lagi mesranya........... nak undi...... adalah bisik-bisik cakap kat member dia, tu jaga sikit, orang kuat Dato’ tu lah, Dato’ ni lah....... kawan orang UMNO pun deme sisihkan, apa lagi kalau kawan ni pembangkang.... pepalis kawan nengoknya.“
Gu 1 : “ Awak tau Yang, ngapa wakil rakyat le ni tak serupa yang dulu-dulu ? Pertama, wakil rakyat le ni belum matang dalam perjuang UMNO itu sendiri, banyak wakil-wakil rakyat le ni dipilih ada yang tak sampai setahun jadi ahli UMNO, dah jadil Calon Wakil Rakyat, belum kenal pun masyarakat setempat, tak tau pun motif perjuangan dah jadi wakil rakyat, sebab tu dia orang jadi besar kepala, belagak, nak-nak yang jadi pengiring YB, lagak lebih wakil rakyat, tak hurmat langsung. “
“ Dulu, wakil rakyat kalau lalu dalam kawasan, bukak cermin kereta, angkat tangan hurmat orang kampong yang jalan kaki, naik moto ke, la ni ampas, cermin kereta pun tak turun, bedesup laju je macam tak kenal orang “
“ Awak tau Yang, ramai dah orang UMNO dah meluat dengan tingkah laku wakil rakyat ni, orang Melayu meluat dengan UMNO sebab sikap deme lah yang tak mendalami tujuan sebenar perjuangan UMNO, jadi wakil rakyat UMNO, kalau deme tak berubah juga, awak taulah macam mana UMNO ngadap pilihanraya akan datang “
Yanggambi : “ Ginilah, awak semua sebagai orang lama dalam politik, orang tua dalam kepimpinan setempat, cuba jangan bawak ketidakpuasan awak semua kat kedai-kedai kopi, cuba awak semua gi jumpa wakil-wakil rakyat, cerita kat deme, ajak berbincang, jangan awak semua biar je...... rusak jadinya weh “
Gu 3 : “ Gini lah Yang, awak je gi cakap pelan-pelan kat wakil rakyat, tak pun awak tulis je dalam laporan awak, cakap je wakil rakyat tak buat keja, asyik cari projek nak ngumpul harta, tak pedulikan rakyat. Dalam UMNO pun ada puak-puak, kerat sana, kerat sini, bila orang Melayu nak kukuh kalau macam ni........ “
Yanggambi : “ Okey lah, kawan cuba, kawan mintak diri dulu gu-gu semua, Assalammualaikum........... “
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Kenapa jadi begini? Wakil rakyat BN sekarang ni ramai yang terdiri dari anak anak wakil rakyat dulu. Mereka hidup senang, jadi mereka ni smart tapi tak ada common sense.
Ramai yang masuk politik bukan kerana minat untuk berjuang untuk rakyat tetapi mereka memandang ini satu kerjaya yang menguntungkan, menang dua term dapat pencen seumur hidup.
Bukan semua nya begitu, ada juga yang betul betul ingin berbakti. Kepada mereka ini jangan terasa hati , saya bukan kata semua wakil rakyat begitu, cuma siapa yang makan cili akan terasa pedasnya.
Post a Comment