Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 13, 2009

RAKYAT MOHON BUBAR SEBELUM JADI BUBUR


SENARAI INDIVIDU/WAKIL?PERSATUAN MOHON BUBAR DUN PERAK SEBAGAI LANGKAH
TERBAIK.


1. Semua Pihak Mahu DUN Perak Dibubarkan Kecuali Najib dan Zambry?

2.Pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang juga Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan, Dr Hsu Dar Ren menggesa BN bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) mengakhiri kemelut politik negeri Perak dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

3. Gerakan Muda Parti Gerakan negeri Selangor menyokong kenyataan Dr Hsu Dar Ren tersebut .Ketua Biro Penerangannya, Delren Terrence Douglas yang mewakili seluruh pemuda Gerakan Selangor berkata hanya pembubaran DUN Perak sahaja yang dapat merungkai situasi semasa di negeri Perak.
.


4. Ahli Parlimen UMNO , Tengku Razaleigh cadangkan lebih baik dibubarkan DUN PERAK dengan kembalikan hak memberi mandat kepada rakyat.

5. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri DUN) dibubarkan serta-merta.

6. SPRM - Pengerusinya Tan Sri Abu Talib juga menggesa pembubaran DUN bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

7. Pemimpin tertinggi PAS dan DAP juga bersetuju cara yang terbaik keluar dari kemelu yang dibuat-buat oleh UMNO/BN ini ialah dengan menyerahkan kepada rakyat agar mereka memilih semula wakil rakyat mereka.

8. Gabungan Mahasiswa Perak juga menggesa Perak DUN dibubar dengan secara segera agar pemerintahan Perak dapat dipilih semula.

No comments: