Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 13, 2009

BENIH CIPTAAN SIME DARBY : PENEROKA FELDA BUKAN BAHAN EKSPERIMEN

Benarkah penemuan benih baru bakal meningkatkan hidup peneroka felda ?
Saya tertarik dengan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bahawa Penemuan benih sawit baru oleh Sime Darby boleh meningkatkan pendapatan peneroka felda .

Menurut berita tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baka baru itu agak unik kerana ia boleh menghasilkan buah sawit dan perahan minyak lebih banyak serta mengurangkan penggunaan tenaga buruh.
"Kita akan berbincang dengan Sime Darby ketika Felda membuat penanaman semula nanti untuk menggunakan benih baru ini.
"Dari segi pengeluaran kita boleh menggandakan hasil dengan jumlah keluasan sedia ada supaya terdapat peningkatan dalam produktiviti 100 peratus," kata beliau.
Sebenarnya bagi kita para peneroka felda yang telah pun selesai melakukan penanaman semula kebun masing-masing sejak tiga atau empat tahun lepas, berita-berita begini telah tidak memberikan apa-apa makna lagi, tetapi kepada kawasan-kawasan baru yang belum lagi bertanam semula, munkin bolehlah menaruh sedikit harapan.
Tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang pekebun yang berminat untuk mengejar peredaran benih sawit yang diwar-warkan bermutu tinggi, malangnya ianya berakhir dengan kekecewaan.
Perkara ini pernah berlaku di tempat saya yang kebetulan kedudukannya berhampiran dengan pusat penyelidikan pertanian yang di namakan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak ( PPPTR) Tekam, milik felda.
Kisahnya bermula apabila seorang rakan saya, sangat berminat dengan keluaran benih baru sawit yang di keluarkan oleh bahagian penyelidikan PPPTR tersebut, yang dikatakan akan meningkatkan pendapatan dua kali ganda dari pengeluaran biasa.
Benih tersebut dikatakan diambil dari pucuk sawit atau dipanggil tisu sawit dan diadun didalam makmal sehingga melahirkan benuh bermutu tinggi yang belum pernah kita temui lagi sebelum ini.
Maka rakan saya itu pun membelinya dengan harga RM15.00 sepokok, walaupun benih biasa lain di ketika itu hanyalah berharga RM3.50 ke RM5.00 sepokok, setelah ditanam dan membesar sehingga berumur 10 tahun sekarang, didapati pokok tersebut mempunyi beberapa kelemahannya.
Di antara kelemahannya ialah, benar pokok tersebut banyak mengeluarkan buah, tetapi buahnya kecil-kecil dan ringan, betul benih tersebut banyak mengeluarkan minyak, tetapi kilang sawit yang membeli buah sawit pekebun dimana-mana pun, tidak mengira banyak atau sedikit buah sawit mengeluarkan minyaknya, sebaliknya yang di kira ialah beratnya.

No comments: