Saya konsisten, tidak risau ugutan Anwar - Anifah
Memanglah tak risau saman Anwar kerana beliau konfiden Mahkamah boleh diperguna atau diperkudakan selagi BN berkuasa.Tambahan Sabah & Wakil rakyat Sabah adalah anak emas BN.Apa yang merek minta kena penuhi atau patuhi kalau tidak baru mereka ugut keluar dari BN.Bukti ramai menteri kabinet dan timbalan menteri dilantik ,sampaikan Ketua Perhubungan UMNO Kedah juga adalah Wakil Rakyat Sabah.Begitulah hebatnya Sabah di mata Barisan Nasional.Jika ada masalah maka bergegaslah PM ke Sabah tidak kira masa Pak Lah atau Najib.Sehinggakan Hospital yang sudah diiktiraf oleh pakar Malaysia sudah tidak boleh digunakan sanggup Najib beli menggunakan wang rakyat ,kununya harganya kira patut.
PETALING JAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika menyertai pembangkang bentuk kerajaaan pusat.
Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata beliau mempunyai banyak tugasan penting yang perlu diselesaikan dan tidak risau akan ugutan saman yang dibuat oleh Anwar terhadapnya.
"Saya tidak risau tentang Anwar (ugutan saman). Saya masih konsisten dengan apa yang saya cakap sebelum ini," katanya kepada mStar Online hari ini.
"Sebagai Menteri Luar, saya ada banyak perkara lebih penting untuk diselesaikan terutamanya masalah krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini," jelasnya.
Semalam, Anwar menafikan kenyataan Anifah bahawa beliau menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.
Dalam kenyataan di sini semalam, peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.
Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton Jummat lalu, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.
Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment