Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 18, 2009

WABAK A (H1N1) PENUMPANG MH 091 dari Newark, USA DISYAKI PINDAH KE AirAsia AK5358 ?

Selsema Babi lebih mudah difaham dari A (H1N1) macam belajar biologi sahaja.Kalau selsema babi orang Melayu di Kg insyallah 100% mudah faham.Ramai dah tahu wabak tersebut telah merebak keseluruh dunia. Nampak gayanya negara kita juga tidak macam tidak mahu ketinggalan dari terkena wabak Selsema Babi (Swine Flu).Al-Maklumlah , ramai bisnesman ulang-alik ke Amerika Syarikat.Yang tidak bagus dan membahayakan ialah semua VIP dan keluarganya yang balik dari luar negara terutama dari Mexico & USA wajib dikuarantin dan diperiksa.Kena kerja keras lah ,sebab kalau terlepas lagi susah nak cari dan susah halang dari merebak ke manusia yang lain.

Kes 1
Seorang pelajar berusia 21 tahun disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009. Beliau sampai dengan penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin. Pelajar berkenaan mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama. Rujuk HarakahDaily

Kes 2
PUTRAJAYA 16 Mei – Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang dikesan semalam.

Kes kedua itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan pagi ini dan mangsa berada di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat mengumumkan mengenainya di sini hari ini. - Utusan. Juga boleh dirujuk di MalaysiaKini

Dua orang dikurantin di Perlis
Selain dari itu 2 orang disyaki, seorang lelaki berusia 43 tahun dan kanak-kanak berumur empat tahun dikuarantin di Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk pemeriksaan kerana mempunyai simptom influenza A (H1N1).

No comments: