Apa dah jadi pada UMNO ? Patutlah Najib sibuk kata UMNO kena berubah.Semua jentera mereka disegenap lapisan Kerajaan dan media elektronik dan media cetak serrta sistem penyampaian seperti Wakil Rakyat,Penghulu DO , JKKKK ,Ktua Kampong semua gagal mendekati hati dan denyutan rakyat.Sekarang nak tambah Pusat Khidmat setiap Parlimen pula.Kalau tak guna kos takpalah, ini duit rakyat pasti akan digunaselewengkan.
62,843 jentera penerangan Umno digerak elak keliru
SEREMBAN: Biro Penerangan Umno akan menggerakkan 62,843 jenteranya di semua peringkat bagi memberi penerangan dan menjelaskan kekeliruan pelbagai isu yang timbul kepada ahli akar umbi dan orang ramai.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata bagi memastikan keberkesanan jentera itu, pihaknya akan mewujudkan pangkalan data mengandungi nama dan alamat semua ketua dan ahli jawatankuasa (AJK) penerangan semua peringkat, termasuk cawangan.
"Jika semua jentera penerangan di semua peringkat dapat digerakkan, kita yakin persoalan mengenai pelbagai isu boleh diterang dan dijelaskan kepada ahli pada peringkat akar umbi.
"Ini akan memudahkan kita menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana segala isu dan kekeliruan dapat dijelaskan," katanya selepas majlis penerangan Umno Negeri Sembilan di Bangunan Umno negeri, di sini semalam.
Ahmad berkata, pihaknya juga akan memperbanyakkan program penerangan pada peringkat cawangan agar setiap objektif dan matlamat program sampai ke golongan sasar.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam ziarah..
itu dalam keadaan tang berfungsi tuh! abis semua medium penyiaran digunakannya! kalau dah berfungsi sepenuhnya nanti?? makin hebat gerak fitnah mereka!
Post a Comment