Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, April 30, 2009
SELEPAS HAKIM TIBALAH GILIRAN PENGERUSI SPR DAN TIMBALANNYA RAJINKAN MEMBACA DAN RUJUK UNDANG_UNDANG,JANGAN SEDAP MULUT SAHAJA!.
Teman hairan SPR sanggup melanggar pendirian dan undang-undang yang mereka sendiri buat dan tindakan merapu mereka seolah hendak menutup ruang parti politik yang bertanding membantu pengundi membuat semakan sebelum mengundi.
Pada teman kalau SPR baiki sedikit sistem kiraan undi pos didahulukan sebelum pengiraan undi pada hari pilihanraya dah cukup bagus dan tentu ramai yang tabik pada SPR.
Ini nampak sangat Pengerusi SPR tak faham undang-undang
Seksyen 24 (2) (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mana 'pondok panas' dibenarkan dibina 50 meter dari tempat pengundian.Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, alasan bahawa 'pondok panas' akan mencetuskan ketegangan, tidak dapat diterima. Ekoran itu, beliau bersama pemimpin parti pembangkang lain termasuk PKR dan DAP bercadang bersemuka dengan SPR pada Khamis ini bagi meminta penjelasan berhubung perkara itu.
''Kami turut membantah cadangan SPR untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti politik semasa hari penamaan calon, hari mengundi dan semasa malam pengumuman keputusan pilihan raya,'' jelasnya. Beliau bercakap pada sidang akhbar khas bagi menyatakan reaksi parti pembangkang terhadap keputusan SPR mengenakan larangan mendirikan 'pondok panas.'
Semalam, SPR mengingatkan parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan agar tidak mendirikan 'pondok panas' pada hari pengundian. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, larangan itu meliputi semua jenis 'pondok panas' untuk tujuan meraih undi atau menyemak saluran mengundi di kawasan berkenaan. Tambahnya, SPR mahu larangan itu dimulakan di Penanti supaya pengundi dapat keluar dengan aman dari rumah dan juga sebagai budaya baru dalam pilihan raya selepas ini.
Sementara itu, Mustafa berkata, ketegangan tidak mungkin tercetus jika pihak polis lengkap beruniform mengawal di setiap pusat pengundian semasa hari mengundi. ''Tiada bukti kukuh menunjukkan bahawa 'pondok panas' merupakan penyebab punca ketegangan dan kerana setakat ini belum ada lagi laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak,'' katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment