Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 30, 2009

KETOLOLAN KHIR TOYO BUAT PAJAKAN RM10.00 SETAHUN 1 EKAR RUGIKAN SELANGOR

HULU SELANGOR, 23 April - Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor hari ini mendakwa wujudnya penyelewengan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) terdahulu terhadap tanah milikan kerajaan negeri seperti yang berlaku di Hutan Simpan Rantau Panjang (Batu Arang).
PAC Selangor menerusi pengerusinya, Lee Kim Sin berkata penyelewengan jelas berlaku apabila tanah yang diberikan kepada pihak swasta untuk diusahakan tidak mendatangkan keuntungan malah merugikan kerajaan negeri.
Katanya, mengikut laporan yang diterima pihaknya mendapati masalah utama berkaitan tanah milik kerajaan negeri itu disebabkan kadar pajakannya yang terlalu rendah.
“Bayangkan untuk tempoh satu hingga enam tahun, kadar pajakan hanya RM10 (setahun) untuk satu hektar,” katanya jumlah itu hanya akan dinaikkan menjadi RM13 selepas tempoh enam tahun.
Menurutnya, hasil kutipan dari tanah yang dipajak itu juga tidak mencecah RM1 juta dan merugikan kerana membabitkan keluasan tanah yang besar.
“Keputusan yang dibuat pihak PKPS semasa dipimpin oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo jelas tidak memikirkan tentang kepentingan negeri,” katanya.
Adun kawasan Kajang ini berkata kepada pemberita semasa membuat lawatan ke Hutan Simpan Rantau Panjang, di sini petang tadi.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil PAC selepas ini, beliau berkata pihaknya akan meminta laporan yang terperinci lagi.
“Sekiranya tindakan undang-undang perlu kita akan arahkan pihak perundangan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Suee Lim yang ditanya berhubung projek penghutanan semula di negeri ini berkata barisan pimpinan PAC yang ada sekarang ini akan terus memantau kerja-kerja penambahbaikan hutan simpan.
“Saya berharap usaha ini akan berjaya mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri dan juga rakyat kerana banyak tanah-tanah PKPS di negeri ini yang terbengkalai dan diabaikan,” katanya yang bersetuju jika ada usahasama dilakukan tapi masing-masing mendapat keuntungan dari kerjasama itu.

No comments: