Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 30, 2009

PENINGKATAN JENAYAH : ADAKAH SEBAB POLIS MALAYSIA DAH JADI PAKAR JAGA PILIHANRAYA SAHAJA?


Dalam Bas pun Tak Selamat ,dalam bas pun kena ragut.Adakah gara-gara polis terlalu ramai hilang kepakaran bentras jenayah setelah mereka kerap dihantar bertugas dan berkampong di Pilihan Raya Kecil apa lagi Pilihanraya Umum.Untuk jaga satu pusat pengundian sekurang-kurangnya 4 orang polis diperlukan berbanding pilihanraya sebelum tahun 2004 hanya menggunakan 1 orang polis.
Kes-kes jenayah seperti ragut, seluk saku dan samun (tanpa senjata) yang melibatkan penumpang bas awam di ibu negara ini kini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, berdasarkan statistik sepanjang Januari sehingga Disember 2008, pihaknya menerima lebih 24 kes membabitkan kejadian jenayah tersebut. “Malah dalam tempoh tiga bulan ini saja, iaitu dari Januari hingga Mac, sebanyak 12 kes yang dicatatkan dan ini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan. “Pihak polis memandang serius peningkatan tersebut. Walaupun terdapat beberapa tangkapan dilakukan namun kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kes itu dapat dikurangkan dari semasa ke semasa,’’ katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop antara Polis Kuala Lumpur dan RapidKL di sini, semalam. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin dan wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, William Lee. Muhammad Sabtu bagaimanapun memberitahu, kadar tersebut dapat dikurangkan jika masyarakat sentiasa menjadi `mata dan telinga’ pihak polis dengan melaporkan sesuatu kes jenayah.

No comments: