Perhatian kepada keadaan sekolah yang tidak mendapat perhatian Kementerian!
MINGGU lepas seorang penulis dan juga penerbit yang kini sibuk dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), meluahkan isi hatinya mengenai nasib malang segelintir pelajar Melayu kelompok marhaen di Kuala Lumpur.
Beliau yang berkesempatan berkunjung ke sekolah mubaligh yang berjiran dengan Masjid Negara dan Ibu Pejabat Bukit Aman, hiba melihat nasib 70 peratus pelajar Melayu yang menimba ilmu di sekolah yang daif fizikal apa lagi kemudahan pembelajaran.
Pelajar Melayu di sekolah tersebut, rata-rata daripada kalangan kelompok marhaen yang terpaksa belajar dalam keadaan panas kerana sekolah masih menggunakan kipas zaman tok kaduk dan memilih sekolah itu hanya kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal, bukannya kerana tarafnya sebagai sekolah mubaligh.
“Sedih melihat fizikal sekolah yang daif dan kelihatan buruk sekali kerana tidak ada dana bagi membeli cat bagi menceriakan sekolah, selain kemudahan komputer terbatas kerana mereka mengharapkan ihsan korporat yang sudi menderma dan menerima dengan besar hati meskipun komputer terpakai,” katanya berterus terang ketika bertemu dengan penulis untuk berkongsi maklumat mengenai perkara terbabit.
Beliau juga hiba kerana buku di perpustakaan untuk bacaan pelajar baik sebagai rujukan, bacaan tambahan atau mengisi hobi membaca hanya pada paras ala kadar, sedangkan Kuala Lumpur menjadi lokasi Pesta Buku Kuala Lumpur sejak 28 tahun lalu.
“Inilah akibatnya jika pengagihan kemudahan dilakukan berasaskan sistem kuota dengan tidak melihat realiti di lapangan. Kita memperjudikan masa depan generasi Melayu yang terpinggir kerana kesusahan. Lebih menyedihkan mereka pelajar pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi kemudahan seolah-olah berada di kawasan pedalaman seperti di Pos Lejang, Pahang.
Kita suruh mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sedangkan untuk ke sekolah pun ada kalanya tersangkut kerana tiada duit tambang sehingga terpaksa ponteng. Mereka anak kalangan setinggan dan rumah pangsa di Pantai Dalam. Kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja dengan sesetengahnya melakukan dua pekerjaan.Butiran lanjut klik tajuk.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment