Teknologi GPRS perlu digunakan supaya keluasan hutan dapat dipantau dari masa ke semasa dengan ukuran yang tepat dan boleh diperolehi gambaran satelit dari luar.
30 April, 2009 Hutan juga akan selamat tanpa UMNO
SELANGOR WARTA HUTAN SIMPAN
KOTA DAMANSARA: Kerajaan Selangor baru-baru ini mewartakan semula kawasan taman botani Hutan Komuniti Kota Damansara sebagai hutan simpan berkuat kuasa serta-merta bagi mengelakkan kawasan hijau itu dibangunkan secara komersial.
Menteri Besar,Khalid Ibrahim, berkata dengan pewartaan itu kawasan hijau itu akan dikenali sebagai Hutan Simpan Kota Damansara.
“Kerajaan negeri bersetuju mewartakan kawasan hijau berkenaan sebagai hutan simpan selepas meneliti kepentingan pengekalan serta pemuliharaan ekosistem terhadap kawasan Kota Damansara serta Selangor.
“Status kawasan berkenan sebagai taman botani membolehkan kawasan hijau itu dibangunkan secara komersial pada bila-bila masa, berlainan jika statusnya ditukar sebagai hutan simpan.
“Saya berjanji pewartaan Hutan Simpan Kota Damansara ke status asalnya hanya akan mengambil kurang tiga bulan daripada sekarang,” katanya ketika melancarkan Hari Bumi Kota Damansara, di sini.
No comments:
Post a Comment