
Seperti bakul angkat sendiri begitulah dasar UMNO yang tidak segan silu memuji diri sendiri... kununnya 1Malaysia Gah di Brunei.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kini gah diperkatakan di negara lain.
Perdana Menteri berkata bahawa dalam lawatan dua harinya ke Brunei berakhir hari ini, ramai pemimpin di sini bertanyakan kepada beliau mengenai konsep itu yang merupakan bahagian penting kepada slogan "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan".
Berucap semasa bersarapan dengan masyarakat Malaysia di sini hari ini, Najib berkata beliau bangga kerana pemimpin-pemimpin Brunei mengikuti dengan penuh minat perkembangan di Malaysia.
"Malah saya rasa terharu apabila mereka sebut tentang beberapa perkembangan di negara kita, termasuk juga cogan kata saya pun mereka dah hafal. Mereka kata cogan kata itu amat tepat dan mencerminkan langkah ke hadapan bagi Malaysia untuk kita mengukuhkan lagi hubungan etnik.
"Kalau kita dapat tunjukkan kekuatan dalaman kita, maka potensi Malaysia sebagai sebuah negara, amat besar," katanya.
No comments:
Post a Comment