Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 30, 2009

PRK SELANGOR UNTUK PM ? DACING BN AKAN DIUJI KESTABILANNYA

Presiden UMNO yang juga pengerusi perhubungan umno negeri Selangor akan diuji dengan satu lagi pilihan raya kecil. Kali ini, jika ia benar-benar menjadi kenyataan adalah pilihan raya kecil Kota Alam Shah, Selangor.
ADUNnya telah dinafikan tenaga dan usahanya untuk berbakti terhadap pengundi dan rakyat dalam DUN nya.Zalimnya BN , ADUN yang telah dipilih rakyat sengaja tidak dikeluarkan dari tahanan ISA.
Teman pun tidak terpikior ADUN Kota Alam Shah yang sedang berada dalam tahanan ISA, YB. M Manoharan sedang berkira-kira untuk mengosongkan kerusi DUN tersebut demi memberi laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil.
Tujuannya jelas, beliau ingin memberi peluang rakyat di kawasannya untuk mendapatkan seorang wakil rakyat yang bebas dan dapat berdamping, mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat. Keterbatasannya kerana berada dalam tahanan menyebabkan beliau berkira-kira untuk mengosongkan kerusi tersebut.
Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah pilihan raya kecil yang ke 7 selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Masalah UMNO disaman kalau tak silap oleh syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd yang membekalkan bahan kempen pilihanraya PRU 11 dah setel ke?

No comments: