Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, May 1, 2009
KHIR TOYO SINIS TEGUR TAN SRI AZIZ AGAR JANGAN SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU!
29 April 2009
Kerajaan Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu
1. Dalam Islam, keadilan merupakan antara aspek terpenting. Sama ada sesama Islam atau juga terhadap bukan Islam, keadilan harus dipertahankan. Keadilan bermakna meletakkan sesuatu di tempatnya. Ini jauh berbeza dengan konsep kesamarataan mahu pun sama taraf; yang kadang kala boleh menjadi hukum rimba di mana yang kuat mendapat semua, yang lemah menjadi mangsa.
2. Dalam konteks inilah saya menyambut baik sebahagian pengumuman keputusan Kabinet dalam menangani isu penukaran agama baru-baru ini. Keputusan kerajaan memberi hak kepada mahkamah sivil memutuskan isu-isu kekeluargaan terhadap pasangan bukan Islam yang berpisah kerana bertukar agama (termasuk memeluk agama Islam) adalah satu usaha untuk memberi keadilan kepada semua pihak.
3. Memang boleh difahami bahawa keputusan kabinet ini berdasarkan beberapa tindakan yang tidak bertanggungjawab individu tertentu yang menggunakan nama Islam untuk merampas hak jagaan anak-anaknya daripada pasangan bukan Islam mereka. Ada juga antara mereka melepaskan tanggungjawab nafkah atau saraan anak-anak menggunakan keadaan konflik antara mahkamah Syariah dan Sivil. Mereka ini hanya memberi imej yang buruk kepada Islam.
4. Undang-undang harus berlaku adil tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa. Sebab itu ada kebaikan besar apabila kabinet membuat keputusan bahawa dalam sebarang pertikaian keluarga yang membabitkan kes penukaran agama (termasuk Islam) hendaklah dirujuk kepada mahkamah sivil.
5. Namun kebaikan itu saya fikir telah musnah apabila kabinet juga membuat keputusan yang bertentangan sama sekali dengan konsep keadilan. Keputusan kabinet bahawa anak-anak kepada pasangan yang menukar agama kekal dalam anutan asalnya adalah tidak wajar dan bukan satu bentuk keadilan.
6. Mahkamah Sivil telah pun mempunyai panduan dan undang-undang dalam menentukan siapa penjaga anak-anak tersebut. Justeru adalah tidak wajar kabinet mendahului keputusan Mahkamah dengan memutuskan siapa yang layak menjadi penjaga.
7. Keputusan kabinet yang berdasarkan agama anutan seseorang juga merupakan satu diskriminasi kepada penganut agama Islam atau mereka yang ingin memeluk Islam.
8. Tampak seolah-olah kabinet telah pun menjatuhkan hukuman ke atas saudara baru Islam sebagai tidak layak menjadi penjaga hanya kerana mereka beragama Islam. Apakah ini bukan satu bentuk diskriminasi agama?
9. Keputusan kabinet ini juga merbahaya kepada kehidupan sosial masyarakat. Bagaimana jika pasangan yang tidak menukar agama tersebut merupakan seorang yang tidak layak untuk menjadi penjaga? Apakah akan terjamin nasib anak-anak tersebut?
10. Jika kita mahu berlaku adil maka biarkan sahaja Mahkamah menentukan siapa penjaga yang layak dalam kes penceraian kerana bertukar agama ini.
11. Kabinet sepatutnya membenarkan undang-undang sedia ada menentukan siapa yang berhak menjadi penjaga anak-anak yang terbabit dalam penceraian tersebut. Selepas hak penjagaan diberikan maka terserah kepada penjaga tersebutlah untuk mendidik anak-anak jagaannya.
12. Pengumuman mengenai agama anak-anak yang penjaga mereka bertukar agama juga menimbulkan kekeliruan. Orang ramai tertanya-tanya apa akan terjadi jika kedua-dua penjaga tersebut menukar agama; apakah anak-anak mereka perlu kekal dalam anutan asal semasa mereka berkahwin?
13. Kabinet sewajarnya memperhalusi isu ini sebelum membuat kenyataan yang sedemikian besar kesannya. Jangan nanti keputusan yang dibuat seperti tikus membaiki labu.
Kepada mereka yang menjaga kepentingan Islam dalam kabinet saya berharap jangan kita dengar guruh di langit, maka air ditempayan dicurahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment