WAHAI HAKIM ! SELURUH DUNIA MEMERHATI DAN AMBIL TAHU APA YANG AKAN BERLAKU!ORANG KAMPONG PUN DAH TAU!SATU MALAYSIA LAGI.
Dato Seri Zambry telah merujuk kes Dato Seri Nizar ke Mahkamah Persekutuan hari ini sebagai jalan short-cut yang dipilih oleh Zambry untuk mempercepatkan keputusan mahkamah sebelum persidangan DUN Perak pada 7 Mei.
Dato Seri Nizar pula telah memohon untuk 9 orang panel hakim bagi mendengar kes ini. Keputusan untuk permohonannya belum diketahui lagi.
Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan Zambry.
Maklumat Perbicaraan
1) Tarikh : 28 April 2009
2) Masa : 9.30 pagi
3) Tempat : Mahkamah Persekutuan
Sebelum ini Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment