Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 28, 2009

WABAK SELSEMA BABI : NAMPAKNYA PROJEK SATU KANDANG OLEH MB SELANGOR AMAT RELEVAN !

Perkataan khinzir, lembu pendek adalah merujuk kepada babi.Allah tidak jadikan sesuatu makhluk itu tanpa tujuan dan hikmahnya yang tersirat.Walaubagaimanapun manusia sebagai khalifah atau pentadbir bumi ini harus bijak menguruskan berlandaskan bekal A-Quran dan hadis yang ditinggalkan oleh junjungan kesayang kita Nabi Muhammad s.a.w.
Walaupun Babi sejenis haiwan yang jarang-jarang mendapat liputan khasnya dalam media-media negara-negara Islam tetapi sebagai manusia kita harus ambil tahu lebih-lebih lagi sebagai Ketua Negara atau Negeri yang memang rakyatnya membela dan menjadikan sebagai makanan mereka.Negara-negara barat menyiarkan tentang keistimewaan dan keenakan masakan atau resipi babi seperti Roast Pork, Sweet and Sour Pork, Bacon and scramble egg, Smoke Ham dan lain-lain lagi.
Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?
Sedemikian ada pendapat projek mega kandang oleh MB selangor dan Kedah adalah tidak perlu diadakan.Pada teman setuju jika Negara Malaysia ingin menghapuskan terus semua babi dan undang-undang beli atau impot dari luar.Tetapi jika Negara masih memberi kelonggaran rakyatnya membela dan menjual maka projek MB Selangor dari idea BN dulu amat relevan diteruskan.Kenapa perlu Satu Kandang Satu Negeri ?sebab nya jika berlaku wabak seperti ini mudahlah dikawal dan mudah jika hendak dimusnahkan.Jika sistem sekarang kandang babi yang dibela oleh rakyat selangor bersepah dan terdapat diserata kampong dan ada yang tidak diketahui lokasinya.Jika terjadi wabak maka sukarrlah hendak mengawalnya.Mungkin semasa menjejaki ladang atau kandang babi itu dah tentu wabak itu akan sempat merebak dan menjangkiti ramai rakyat yang tidak berdosa.Sayugia di sarankan Projek SATU KANDANG SATU NEGERI memang relevan kebetulan menyahut slogan PM baru kita iaitu SATU MALAYSIA.Elok juga PM kita umumkan SATU KANDANG BABI UNTUK MALAYSIA.

No comments: