Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 28, 2009

SPRM MENYUSAHKAN RAKYAT ! RAKYAT HARUS SERET SPRM KE MAHKAMAH !

Memang SPRM tidak boleh diberi muka lagi, kerja mereka dah terlalu merewang dan merapu dah macam cekadak-cengkudu.Boleh diarah semacam muka tak malu.Malulah pada semalu.Buruk sangat langkah SPRM membuat idea gila-gila yang memang gila ... almaklumlah pegawai yang diharap semua dah tak produktif dan tidak boleh berfikir sendiri macam Nabil.Semua tunggu arahan.
haritu SPRM nak menghadkan penyokong semasa penamaan calon , hai dungu sangat pemikiran pegawai tertinggi SPRM bak kata Allahyarham AR Tompel bongok .
Dan sekarang nak haramkan pondok panas pulak dah.Ya Allah bukalah hati pegawai SPRM supaya siuman dalam tugas mereka!Bayangkan pondok panas dan perayu undi mahu ditiadakan, ini kerana atas alasan 'kelicinan' hari pembuangan undi. SPR telah melatih rakyat sudah lama bagi kaedah memudahkan urusan semakan oleh para pengundi di bangsal-bangsal pondok panas samada UMNO BN atau pembangkang, tetapi kini mahu ditiada.
Walaubagaimanapun syabas atas usaha Dato Khalid sebagai MB Selangor kerana telah memfailkan saman terhadap Pesuruhjaya SPRM Dato Ahmadi Said atas arahannya fitnah berbaur macam-macam prejedis atas kes lembu yang didakwa penyalahgunaan rasuah oleh agensi kerajaan itu sedikit masa yang lalu.
Pengajaran dan pelajarannya kita mahu semua institusi kerajaan yang ada dalam negara perlu berintegriti dan bertindak secara profesional dan jangan hanya mengikut telunjuk skrip lakonan UMNO semata-mata kerana UMNO itu kerajaan dan pihak berkuasa.
Semua orang tahu, walaupun niat dan tujuan mereka tidak diberitahu kepada ramai. UMNO BN semakin takut dengan bayang-bayangnya.
Ingatlah SPRM rakyat akan cari kamu dan hukum kamu walaupun kamu dah pencen atau tidak berkhidmat dengan kerajaan nanti agar kamu beri penjelasan.

No comments: