Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, April 2, 2009
DATUK SHAZIMAN SUBAHAT DENGAN SYABAS YANG MELANGGAR AKTA PIA 2006
Selangor ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) susulan keputusan kerajaan persekutuan membenarkan syarikat itu terus beroperasi dan menaikkan tarif air di negeri itu.
"Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh kerajaan persekutuan dan kesan buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam, maka kerajaan negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian," kata pejabat menteri besar.
Dalam satu kenyataan akhbar petang ini, Syabas didakwa tidak layak diberikan lesen kerana syarikat itu gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (PIA).
"Kerajaan Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi belum mampu dipenuhi Syabas.
"Paling mendukacitakan, beberapa kepincangan ditemui semasa audit dilakukan dan hal ini menguatkan lagi alasan betapa Syabas tidak layak memikul tanggungjawab meneruskan operasi air," kata sekretariat media pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada perjanjian konsesi (CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan CA."
Menurutnya lagi, Syabas didapati melanggar syarat-syarat CA dan hal itu sudah dibawa kepada pengetahuan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Permohonan negeri bawah Pakatan Rakyat itu untuk membatalkan CA dengan Syabas juga telah dimaklumkan.
"Bagaimanapun, menteri berkenaan masih enggan mengambil tindakan terhadap Syabas, sebaliknya telah menyatakan hasrat untuk memberikan lesen kepada Syabas untuk meneruskan operasinya dengan alasan hak tersebut di luar kuasa kerajaan Selangor," kata pejabat menteri besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment