
Teman heran pada cucu ulamak ni, kata dulu nak tinggalkan kerja yang telah diselesaikan dengan telus.Sekarang ni Pak lah tinggalkan pada rakyat Malaysia seorang bakal PM yang moral buruk di kacamata Dunia.Kau tunggu lah 2 atau 3 bulan lagi dengan alasan beri masa Najib ke Mahkamah bertujuan menyaman akhbar-akhbar luar negara memandai-mandai memburukan dan memfitnah beliau dengan kes pembunuhan attantuya dan komisyen pembelian kapal selam, kapal peronda dan sebagainya.Semalam adalah mesyuarat Kabinet yang terakhir dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu, Abdullah turut menandatangani dokumen minit mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Upacara itu yang merupakan simbolik tanda bertukarnya pengerusi untuk mesyuarat Kabinet selepas ini, turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib dan menteri-menteri Kabinet. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
No comments:
Post a Comment