Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, April 2, 2009
KHIR TOYO : SELEPAS BELANJA RM 1,600,000 , YDP MDHS DAPAT ANUGERAH PENYAPU !
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut.
Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000.
Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.Patutlah sanggup menangis bersungguh bila Selangor jatuh ke tangan PR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment