Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 2, 2009

JAGA ! BELIAU BUKAN AHLI TAPI BERDARAH UMNO



Tun Mahathir Pun Nak Turun Kempen Di Bukit Gantang habis-habisan.Beliau tahu Najib 50-50 nak jadi PM.Pad Tun bila Najib dah jadi PM maka kes KJ mudah diurus kerana jawatankuasa disiplin UMNO masih menyiasat petanding yang menang dalam Perhimpunan UMNO baru-baru ini.

Dalam hal ini Pakatan Rakyat kena berhati-hati. Tidak dapat dinafikan Mahathir masih lagi mempunyai auranya yang tersendiri. Walaupun kita ramai dan menyampah dengan Tun, tetapi orang lain ada yang masih buta hati dan menyanjung membabi-buta terutama geng Projek Jambatan Bengkok. Walaupun dinilai secara rasional, kemasukan Tun kembali ke dalam Umno tidak akan memberi kesan kepada kadar kebersihan Umno, tetapi sebagai orang lama beliau sudah masak dengan permainan politik.

Biarpun di akhir hayat pemerintahan beliau, kebanyakan orang membenci beliau di atas kediktatoran beliau tetapi masa bisa sahaja memadamkan ingatan-ingatan tersebut. Namun saya juga menasihatkan beliau supaya berehat sahaja. Sesungguhnya sisa-sisa umur yang ada eloklah digunakan sepenuhnya. Namun jika beliau masih juga ingin meneruskan sisa-sisa perjuangan beliau membela parti yang sudah reput, dipersilakan sahaja.

Kini, akan berlaku pertembungan aura lama dan baru. Aura mahathir dan aura Nizar.Tun sebenarnya takut kebangkitan Nizar, secara senyap beliau memang mengkagumi kemunculan MB Nizar yang sunggu menonjol dan penuh pengisian yang menakjubkan.Memang Teman rasa Tun memang berharap kepada Najib tiada yang lain.
Najib sudah pasti tidak berani menunjukkan rupanya di Perak. Osman Jailu tiga bersaudara pun sudah tentu tidak sudi membantu jentera BN. Seperti kelihatan jentera mereka tidak bersemangat untuk mengempur Bukit Gantang, tetapi jangan kita alpa dan leka. Yang penting konsentrasi jangan hilang. Lawan tetap lawan tidak kira siapa pun yang datang. Kepada Tun semoga kekal di dalam Umno - dulu, kini dan selamanya. Seeloknya biarlah Tun menjadi presiden Umno antara yang meninggal dan terus kekal di dalam Umno

No comments: