Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, March 20, 2009
SIAPA FAHAM KISAH TUKANG MASAK Ni!
Tersebutlah kisah 3 orang tukang masak yang cukup handal di arena permasakan di sini. Mereka sering bertanding bagi merebut gelaran juara masakan paling sedap dan versatile pada setiap pertandingan masakan. Mereka bertiga ada Puan Alley, Puan Keri dan Puan Qhir.
Sebelum ini mereka telah pun menyertai pelbagai pertandingan masakan terdahulu, dan mereka adalah antara juara-juara yang sering mendapat perhatian. Kini tinggal lagi satu pertandingan masakan peringkat kebangsaan yang bakal ketiga-ketiga tukang masak ini akan sertai.
Pada hari pertandingan tersebut, ketiga-tiga tukang masak ini telah bersedia menghadapi apa sahaja halangan untuk mereka mengekalkan takhta juara masing-masing. Peraturan pertandingan peringkat kebangsaan kali ini adalah lebih ketat dan sukar. Pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi termasuklah tidak dibenarkan ada penolong-penolong seperti mana rancangan reality TV "The Hell's Kitchen" itu. Pertandingan kali juga adalah bertujuan untuk mengukur tahap ketahanan ketiga-tiga tukang masak tersebut di atas keupayaan mereka sendiri.
Pertandingan kali ini menyediakan bahan-bahan yang cukup terhad untuk dimasak. Bahan-bahan tersebut adalah sama untuk setiap perserta. Tidak ada yang kurang mahupun lebih. Para peserta harus menggunakan kreativiti masing-masing bagi menarik perhatian juri dan hakim.
Setelah pertandingan selesai, juri serta hakim yang terlibat mulalah meronda melihat hasil masakan ketiga-tiga peserta ini. Setelah dinilai dan dipertimbangkan, juaranya kali ini adalah Puan Alley, tempat kedua Puan Keri dan tempat ketiga Puan Qhir.
Jika dilihat dari hasil persembahan mereka, masakan yang disediakan adalah sama, namun Puan Alley lebih bijak dari segi pengalaman dengan gaya persembahan dalam masakan beliau. Beliau juga bijak mencuri perhatian hakim-hakim ketika mempersembahkan hasil masakannya.
Puan Keri hanya mendapat tempat kedua walaupun jenis masakannya sama seperti Puan Alley. Masakan Puan Keri hanya kekurangan sedikit hiasan ketika mempersembahkan kepada hakim.
Puan Qhir pula tidak bernasib baik, beliau hanya berjaya meletakkan dirinya di tempat ketiga. Masakan Puan Qhir juga sama sahaja bentuk dan rasanya dengan Puan Alley dan Puan Keri, malangnya, Puan Qhir langsung tidak menghias hasil persembahannya ketika hakim datang meronda. Malang sekali untuk Puan Qhir.
Begitulah kisah 3 Tukang Masak dan bagaimana kemenangan mereka telah diadili oleh hakim-hakim yang bijaksana....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment