Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, March 21, 2009
PERLUKAH PENGERUSI SPRM DIHANTAR KE PUSAT PEMANTOPAN JENAYAH?
Ya Allah teman tak tau nak cakap apa lagi tentang Pengerusi SPRM ini, dah melalut gamaknya boleh beliau kata rasuah UMNO bukan jenayah.Kalau begini memang hancurlah generasi UMNO dan rakyat sekiranya pemahaman ini di standardkan.Tadi teman balik kg Selatan Tanah air melalui Hulu Langat ke Semenyih .Semasa melalui laluan ke satu tempat yang dinamakan Titi teman lalu sebuah Pusat dulunya dipanggil Pusat Pemulihan Akidah tup-tup tadi telah ditukar kepada Pusat Pemantapan Akidah.Sebab itu saya cadangkan Pusat Pemulihan Pemantopan Jenayah dilalkukan untuk orang seperti Ahmad Said ini.
Yang orang akan keliru apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan tidak akan menyiasat kes beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan jenayah. Sedemikian perbuatan beri wang untuk mendapatkan sesuatu bukan jenayah? Jika beri wang bukan jenayah, mengapa banyak tangkapan oleh SPRM sebelum ini berkaitan dengan memberi dan menerima wang? Atau mengikut takrif SPRM, pemberian dan penerimaan wang yang membabitkan UMNO bukan jenayah, tetapi jika melibatkan pihak bukan-UMNO adalah jenayah? Sejak bila pula menghulurkan wang untuk tujuan mendapatkan sesuatu tidak dikategorikan sebagai jenayah rasuah, sejak Ahmad Said menerajui SPRMkah?
Dan yang menjadikan orang lebih tidak faham ialah kes Speaker DUN Perak yang mengikut Ketua Suruhanjaya SPRM itu boleh disiasat. Kata Ahmad Said, hanya kes jenayah yang SPRM siasat, jadi tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak itu kes jenayahlah?
Pelik, sungguh pelik Akta SPRM ini: hulur dan terima wang bukan jenayah, tetapi menggantung Menteri Besar adalah jenayah. Sebelum ini orang ingat hanya bunuh, rogol, rompak, samun, rasuah (beri dan terima wang) dan perkara-perkara lain yang melibatkan kekerasan saja ditakrifkan sebagai jenayah, tetapi menggantung ahli DUN pun jenayah juga! Tetapi sekali lagi yang peliknya, beri wang kepada orang dengan niat mendapatkan sesuatu seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu bukan pula jenayah!
Dari akhbar : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menyiasat kes beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini kerana ia bukan melibatkan jenayah.
"Saudara kena faham, kita mengalu-alukan sesiapa hendak buat laporan tetapi saudara mesti bezakan, kes pelanggaran etika dan pelanggaran disiplin bukan kes jenayah.
"Kami tidak akan menyiasat kes bukan jenayah, kita akan pergi (siasat) kes-kes jenayah, terutamanya rasuah," kata Ketua Pengarah SPRM kepada pemberita di sini hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment