Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 20, 2009

TAHNIAH ! NC UNISEL BARU !

Tahniah dan syabas ditujukan kepada Datuk Dr Rosti Saruwono yang telah memulakan tugas di Unisel sejak 02Mac 2009 sebagai NC merangkap CEO Unisel.
Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru, Datuk Dr Rosti Saruwono berkata beliau tidak akan menjadi ’pak turut’ kepada mana-mana pihak dan memastikan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.
Beliau berkata Unisel komited dalam memastikan budaya belajar yang sepatutnya diterapkan dan bebas daripada sebarang pengaruh serta unsur-unsur luar yang boleh mengganggu proses pengajian.
Dr Rosti, berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel 2 Mac lepas bagi tempoh setahun.Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai tahun lepas. Beliau adalah juga Ketua Pegawai Eksekutif Unisel.
Ditanya situasi dan tekanan yang mungkin dihadapi beliau memandangkan kedudukannya yang perlu berurusan dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Pusat, Dr Rosti berkata tidak timbul masalah kerana sebagai institusi pendidikan terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi.
Sementara itu, Dr Rosti berkata Unisel telah melahirkan 4,000 graduan sejak 10 tahun dan mempunyai 1,500 rakan industri yang bukan sahaja menyediakan tempat untuk latihan praktikal tetapi juga peluang pekerjaan bagi penuntut yang layak.
“Kita juga mendapat maklum balas positif dari pihak industri berhubung penuntut kita yang menjalani latihan industri termasuk kemampuan mereka mengaplikasikan kemahiran dan etika kerja yang baik. Malah kebanyakan mereka telah dilamar bekerja sebelum menamatkan pengajian,” katanya.

No comments: