
Pak lah berasa lega bila menantunya telah dibeli laluan malah Najib telah selamatkan dari terkeluar dari pertandingan disebabkan menantunya terlibat dengan disiplin UMNO iaitu rasuah.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, peralihan kuasa bapa mertuanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah peluang terbaik untuk membuktikan kredibilitinya yang selama ini ditohmahkan amat bergantung kepada pengaruh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.“Malah, saya telah diuji dalam pemilihan semalam. Saya telah dinilai atas diri dan kredibiliti sendiri,’’ ujarnya.Ahli Parlimen Rembau dan bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda itu mengakui beliau akan melalui saat-saat sukar dan getir untuk memulihkan imej yang telah dicalari pelbagai pihak tetapi bersyukur serta berterima kasih kepada para perwakilan yang memberi peluang kepadanya menjadi ketua dalam era Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun Mukhriz menasihatkan Khairy perlunya menyakinkan perwakilan yang tak mengundinya supaya mereka dapat bersama-sama beliau menggerakkan barisan pemuda parti itu. Menurut Mukhriz lagi, dalam persaingan jawatan Ketua Pemuda itu yang babitkan tiga penjuru, memang tiada majoriti malah keputusan semalam melihat jumlah tidak mengundi Khairy lebih ramai.
No comments:
Post a Comment