Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 27, 2009

RASUAH : UMNO LIAT KELIRUKAN RAKYAT


Isu politik wang dalam pemilihan UMNO baru-baru ini mengundang polemik yang bukan sedikit di negara kita. Selain melibatkan perspektif sosial dan pembentukan masyarakat sivil di negara ini, implikasinya juga turut menyentuh isu perundangan yang amat serius. Masyarakat kita terkeliru apakah politik wang itu merupakan suatu jenayah di sisi undang-undang negara ini atau ianya hanyalah satu prosedur biasa tatatertib atau hasil inkuiri dalaman sesebuah parti yang bersifat immune (kebal) dari tindakan pendakwaan Mahkamah awam negara kita?
Di negara kita, jenayah rasuah tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (selepas ini dirujuk Akta SPRM) yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini hasil rejuvenasi Akta Pencegahan Rasuah 1961. Pentafsiran konotasi Rasuah adalah jelas dan teratur di sini. Seksyen 16 hingga 28 dalam Akta SPRM tersebut memperuntukkan dengan jelas pengertian jenayah yang boleh dikategori dan didakwa. Ianya meliputi suapan,sogokan mahupun menggunakan kedudukan bagi tujuan rasuah adalah jelas satu kesalahan yang boleh dihukum dengan pelbagai hukuman termaktub di situ juga.


Isu ini berat dan perlu perhatian serius badan kehakiman, institusi eksekutif mahupun Parlimen itu sendiri. Hujah Peguam Kita Terdapat pendakwaan terhadap beberapa individu dalam jenayah rasuah seperti Dato' Norza Zakaria, di Mahkamah Sivil negara kita. Bandingkan pula jenayah yang sama tetapi hanya diambil tindakan dalaman Lembaga Disiplin UMNO seperti terhadap Dato Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin. Untuk rekod, Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

Perlu & Wajibnya masyarakat kita membenci rasuah sebagai satu jenayah berat yang perlu dielakkan oleh semua. Apapun 'tagline' yang digunakan bagi menggambarkan jenayah ini termasuklah "suapan","sogokan", "habuan", "rasuah politik" ataupun "politik wang", ianya tetap satu kudis bernanah yang bersifat menjahanamkan agama, bangsa dan negara. Justeru, janganlah kita cuba untuk melabelkan status kurang haramnya dengan label-label tersebut, kerana rakyat hari ini tahu persamaannya antara khinzir dan babi..dan yang paling bahaya, janganlah kita ditertawakan spesis ini.. Klik Tajuk untuk perincian .

No comments: