Persetankan apa yang UMNO/BN perkatakan dengan calon Pakatan Rakyat.Setelah kita memilih yang terbaik, semua pengundi yang bijak bistari dan berinfo maka fokuskan kanlah dengan calon PR yang akan memperjuangkan nasib rakyat.
Bukit Gantang
Menurut sumber dalaman UMNO calon Bn lagi haru cara pemilihannya,kalau tidak mahu tahu maka jangan baca seterusnya.
Pemilihan Ismail Safian adalah kerana “orang Najib”. Ismail Safian tewas dalam perebutan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang. Manakala “orang Pak Lah” adalah Ketua Umno Bahagian yg menang, Datuk Rosli Husin.
Timbalan Ketua Bahagian, Kamarulail Hj Sulaiman yang juga dikatakan menjadi sebutan ramai sebagai calon yang berwibawa.
Kamarulail yang sebelum ini dilihat begitu beria-ia benar menawarkan diri, nampaknya disingkirkan secara halus oleh “orang yang kalah” dalam merebut jawatan Ketua Bahagian. Akhirnya, Ismail terpilih, Kamarulail merintih
Bukit Selambau
Pada awalnya 3 nama disebut-sebut mungkin dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April ini. Mereka ialah Pengerusi MIC Merbok, A. Arumugam, Setiausaha MIC negeri, S Ananthan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ, Datuk V Saravanan, 61.
UMNO mendakwa harapan Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis jika ia meletakkan calon MIC bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan. Menurut Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad rata-rata pengundi Bukit Selambau mahukan Umno bertanding di kerusi tersebut. Maklumat ini diperolehi dari cawangan-cawangan Umno, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di Bukit Selambau."
Akhirnya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau
No comments:
Post a Comment