Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 24, 2009

KES MURTAD SALAH SIAPA !

Teman terpanggil bila lihat banyak kes dalam akhbar dan media elektronik berkenaan ramai yang sebelum ni bukan Islam dah masuk Islam kemudiannya nak keluar dari Islam pula.
Teman nak tahu, adakah saksi atau pembimbing mereka yang nak masuk Islam ini telah memberi nasihat, ingatan bahawa sekali dah masuk Islam tidak boleh keluar kecuali di hukum bunuh.Adakah saksi dan pembimbing mereka ini cukup ilmu nak mengIslamkan orang dari bukan Islam?Jangan beria-ria nak bina masjid (pahala mengIslamkan orang seperti pahala membina sebuah masjid) Sedemikian , sesiapa yang hendak masuk Islam beri masa dan penjelasan bahawa tiada paksaan.Dah masuk tidak boleh berundur kecuali hukuman bunuh.Dan sesiapa yang dah masuk Islam tidak boleh menyorokkan pengistiharan mereka dah Islam.Perlu di war-war agar orang Islam dapat memberi penghormatan dan sedikit keraian dan bantuan jika perlu.
Pihak Kerajaan tidak boleh memandang remeh kes yang keluar Islam.
Hari ini ada orang miskin yang kesempitan kewangan dan bekalan air ditambah dengan jiran yang tidak prihatin malah menyusahkan mereka.Ini kes orang Islam Melayu nak keluar Islam semata kehidupannya yang susah dan miskin.
Wahai PPZ dan Jais atau Jawi dan Jakim harus berkerjasama membaiki sistem penyampaian mereka dengan JKK/JKP , ketua Kg, ,Penghulu dan ADUN bagi memantau dan mengambil tahu siapa dikalangan rakyat yang susah dan miskin.

No comments: