Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 24, 2009

BLOGGER PERLU GERAKKAN FUNGSI MENYEBAR MAKLUMAT PENTING HARAKAH DAN KEADILAN!

Seruan Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar kepada pembaca setia Harakah, Harakahdaily dan pelayar-pelayar laman-laman web alternatif dan blogger berikutan 'serangan mengejut' KDN terhadap kebebasan media.

"Demi untuk memastikan negara berada dalam keadaan aman dan diperintah oleh pemimpin yang berwibawa maka menjadi satu tanggungjawab kepada pembaca dan pelayar Harakahdaily khususnya dan laman web serta blogger untuk sama-sama membantu berkempen dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Mereka musnahkan 'senjata kita' (Harakah) tetapi kita mempunyai bala tentera yang setia (pembaca-pembaca) menunaikan tanggungjawab menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, gelombang reformasi 1999 yang menyaksikan kebanjiran edaran maklumat internet perlu dicetuskan semula untuk memastikan berita dan laporan benar sampai ke tangan rakyat sekaligus untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihan raya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Saya menyeru kepada semua yang prihatin kepada perjuangan rakyat supaya secara sukarela mengedarkan maklumat benar dan tepat yang ada di internet khususnya Harakahdaily.

No comments: