Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 24, 2009

SANGGUPKAH CEO MALAYSIA NAIK BAS KE PEJABAT?

Teman nak kata bertuahlah jika ada CEO Korporat dan Swasta di Malaysia sanggup mencemar kaki naik bas awam ke tempat kerja.Dulu Tun M ajak ikut budaya kerja Jepun ke Malaysia, tapi ikut yang sedap saja ... yang rasa jatuh imej malu nak lakukan.
Ketua JAL naik bas ke tempat kerja
Preiden JAL, Haruka Nishimatsu turut memotong gajinya(Kalau kat Malaysia menteri kabinet nak potong RM10 pun liat) dan beliau juga sanggup berbaris bersama-sama kakitangan lain untuk makan tengah hari di kafetaria syarikat itu. TOKYO - Ketika pengurus-pengurus syarikat Amerika Syarikat(AS) dikecam hebat kerana mengambil bonus lumayan, golongan eksekutif Jepun berjaya mengelak kontroversi dengan memotong gaji mereka atau bekerja secara percuma sewaktu dunia dilanda krisis ekonomi.

Apabila ketua-ketua syarikat pengeluar kenderaan AS diselar baru-baru ini kerana menggunakan jet peribadi ke Washington bagi merayu peruntukan kerajaan, bos syarikat penerbangan terbesar di Asia iaitu Sistem Penerbangan Jepun (JAL) berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki bas seperti pekerja biasa.
Langkah berjimat cermat itu turut dilaksanakan presiden sebuah firma pengeluar cip komputer, Yukio Sakamoto yang bekerja tanpa gaji selama dua bulan pada tahun lalu bagi membantu memulihkan prestasi syarikat.

Selain mereka, menurut tinjauan akhbar Nikkei, ketua di lebih 200 firma besar Jepun turut memotong gaji mereka sejak April tahun lalu.

Pengeluar kereta terbesar di dunia Toyota membatalkan pembayaran bonus untuk kakitangan eksekutifnya pada tahun ini.

Seorang pakar ekonomi, Profesor Hideaki Miyajima berkata, perbezaan antara ketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) Jepun dan AS itu adalah kerana ketua-ketua syarikat di Jepun bermula dari bawah justeru mereka lebih memahami kesusahan orang bawahan. – AFP

No comments: