Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 2, 2009

BERHATI-HATI SEBELUM PILIHAN RAYA , KES HILANG MENJADI_JADI

Apabila membaca Tulisan YB Iskandar , terasa ada kebenaran tentang amaran beliau kepada Adun-Adun Selangor, jadi saya juga ingin menambah gesaan serupa kepada semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.
Adakah kes Bala hilang tanpa berita. Kes 2 Ahli parlimen hilang tidak hadir dewan rakyat berhari-hari bila selepas Yong Teik Lee beri kenyataan bahawa 2 orang ahli parlimen Sabah ingin menurut jejak beliau.Sekarang berlaku pada 2 Adun Perak pula.

Juga adakah yang masih ingat atau membaca kejadian pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO. Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga hari ini.

No comments: