Ayat HENTIKAN TABUNG PALESTIN SEGERA nampak zalim pada rakyat Palestine terutama kaum Hamas.Saya terasa zalim dan merasa fikiran negatif bila saban hari Tabung Kemanusiaan Palestine diiklankan dan disalahguna terutama apabila kawan-kawan, jiran-jiran dan orang sekeliling kita masih ramai susah, dahlah susah, dapat penyakit pulak.Kalau lihat fakta di mana Malaysia mengikut Pak Lah telah menghulur sumbangan segera berjumlah 1 juta dolar kepada Palestin tanda simpati.
Rakyat Malaysia terus melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis dengan menubuhkan beberapa dana kemanusian seperti Dana Kemanusian Palestin (DAKAP) dan Tabung NSTP Untuk Gaza Sehingga semalam, jumlah sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak kepada tabung berkenaan iaitu DAKAP RM772,206.73 manakala Tabung NSTP terus meningkat kepada RM5.6 juta.Malam tadi pula di bawah Naungan isteri TPM dapat sumbangan lives RM10.5 juta.
Semangat yang ditunjukan rakyat negara ini membolehkan bantuan ini dapat dikutip dengan masa yang begitu singkat. Namun dalam keghairahan ini kita berharap pihak kerajaan atau pertubuhan2 NGO jangan terlepas pandang kepada rakyat sendiri yang masih ada yang memerlukan bantuan seperti ini dan di sini lagi di sini. Itu merupakan hanya segelintir sahaja malah jumlah sebenarnya masih ramai lagi yang menagih bantuan dari rakyat sendiri.
Komen Blogger : Terima kasih kerana ada yang komen artikel ini menjumudkan pengorbanan & perjuangan penderma dan pengutip derma.Pertama Artikel ini sebenarnya memerlukan fikiran kreatif pembaca dan pembukaan minda yang luas kerana apa yang tersirat dan tersurat kita belum tahu.HENTIKAN TABUNG PALESTINE maksud di sini hanya pada Kerajaan Malaysia. Tabung ini perlu dihentikan agar analisa dan pemeriksaan audit perlu dibuat supaya tidak berlaku penyelewangan seperti kutipan Bencana Tsunami yang lepas..Saya tak menafikan kutipan Pakatan Rakyat terutama dari PAS kita pastikan sumbangan dihantar terus pada Gaza oleh Presiden kita YB Dato Hj Hadi.Kedua , saya maksudkan HENTI TABUNG sebenarnya mohon ditukar sumbangan wang kepada senjata ke Gaza (Kalau boleh ....memang sensitif , kerana kita takut kepada US)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

2 comments:
Islam tanpa Sempadan.
Tak perlu hentikan. Tambahkan untuk kita di sini. Sebagai penyokong PAS, saya sungguh kecewa membaca pos ini. Islam PAS bersempadankah?
Apa dah jadi dengan Tabung NSTP tu? Sudah disalurkan kepada pihak terlibat?? Rasa macam tak pernah diumumkan ke mana duit tu?? Musykil...
Post a Comment