

Bagus juga bila mendapat berita Program Dialog Bersama Wakil Rakyat Anda yang akan diadakan pada 7hb. Februari, 2009 di Surau Ulul Azmi bahawa Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan bersama 5 orang pegawainya akan turut hadir dalam majlis tersebut.
Selain dari ACP Abdul Jalil, YB Khasim dan En. Abdul Aziz Ahmad (Pengerusi JKP Zon 11) juga telah mengesahkan penyertaan.
Majlis dialog yang julung-julung kalinya bakal diadakan di Bukit Indah ini diharapkan akan menjadi titik mula kerjasama yang lebih erat antara wakil2 rakyat, PBT, PDRM dan penduduk Bukit Indah bagi merealisasikan konsep Negara Berkebajikan di peringkat taman ini.
Kita sangat gembira dengan komitmen pihak Polis Ampang yang menghantar orang nombor satu bersama 5 pegawai untuk hadir dalam majlis dialog itu.
Namun dengan sikap terbuka yang diambil oleh Ketua Polis Ampang dan YB... diharapkan persepsi tersebut akan menjalar ke tempat yang lain.
1 comment:
salam perjuangan buat kalian....
http://paspasirsalak.blogspot.com
Post a Comment