
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, akan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil bulan depan. Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Kuala Terengganu sebentar tadi - pukul 4.45 petang. Turut hadir pada majlis pengumuman ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Najib berkata pemilihan Wan Ahmad Farid mendapat restu daripada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Untuk calon, bagi pihak Presiden Umno, telah diambil kira pandangan dan segala-galanya, BN dengan ini menampilkan Datuk Wan (Ahmad) Farid sebagai calon pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu," katanya. Wan Farid telah disambung tempoh perkhidmatan sebagai anggota Dewan Negara minggu ini. Beliau juga adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Trengganu.
No comments:
Post a Comment