Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, December 20, 2008
PERCAYA ATAU TIDAK PUTRAJAYA ADA WILAYAH PERSEKUTUAN YANG DISEWA?
Percaya atau tidak? Kerajaan Pusat perlu membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
Kos penyelenggaraan Seri Perdana pula adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana
Pada tahun 2005 harga minyak mentah dunia US 47 dolar setong. Harga petrol ketika itu ialah RM 1.42 seliter. Sekarang(Dis 08) harga minyak mentah US 45 dolar setong. Harga petrol di Malaysia RM 1.80(diturunkan 0.10)
Adakah ini bermakna rakyat Malaysia yang juga pengeluar minyak dunia telah dibebankan cukai sekurang-kurang 27 peratus bagi setiap liter minyak yang digunakan?
Dalam krisis ekonomi yang mula meresap kehidupan rakyat jelata apa yang mereka harapkan ialah kesan krisis itu dikurangkan dengan penurunan setara antara harga minyak dan harga barangan yang mengila naik. Harapan agar roti canai teh tarik dikurangkan 27%. Harapan agar kasut serta pakaian sekolah diturunkan 27%. Atau harapan itu tinggal harapan tetap tidak berubah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment