.... Kita masih ingat bagaimana Telekom di keluarkan dari Kementerian POS dan Telekom jadilah CELCOM dan sebagainya apabila nampak bahagian itu boleh memberikan keuntungan bila dimonopoli dan kuasai oleh satu pihak.
.... Siapa masih ingat kenapa wujud Indah Water?
.... Siapa sedar kenapa TNB ditukar dari Lembaga Letrik Negara?Kenapa TNB seperti kerbau dicucuk hidung dengan perjanjian mengkhinzirbuta dengan IPP pencekik darah (Walaupun minyak dunia pada hari ini 20 Disember 2008 33.87 dolar setong tapi caj letrik tak turun-turun!
.... Benarkan Bahagian Komputer dalam PETRONAS telah diswastakan ? kalau betul kenapa?
.... Kenapa dan kenapa ? IJN nie pun sama .
YANG KITA NAK PASTIKAN ! RANCANGAN INI BUKAN DITANGGUH TAPI PERLU/WAJIB DIBATALKAN!
Antara cerita manis Sime Darby Bhd untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN) ditangguhkan hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Run Razak, hari ini.
IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan.
Semalam, Sime Darby berkata kerajaan secara dasarnya memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan itu untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN Holdings.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pihak yang terlibat dalam kajian itu termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan serta Unit Perancang Ekonomi.
"Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, ia bererti sumbangan kerajaan untuk pembedahan, akan terus dilakukan," kata Najib yang dipetik daripada sebuah agensi berita.
Najib juga berkata kerajaan memberi persetujuan pada dasarnya, tertakluk kepada syarat tanggungjawab sosial IJN yang tidak akan dipinggirkan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment