Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 20, 2008

KOMEN PENDUDUK BKT BERUNTUNG & SENTOSA

Sila klik tajuk untuk komen lain.Antara jawapan dari Exco Perumahan Selangor1. Baikpulih akan dilakukan terlebih dahulu. Kerajaan akan keluar duit dulu. Kalau nak jual dulu pun tak laku. Kalau baik pulih sekalipun tapi kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak dimajukan pun tak ada orang nak beli.

2. Pada hakikatnya masalah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ini perlu dilihat secara menyeluruh. Kerajaan negeri perlu mewujudkan pencetus aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Taman-taman di situ diwujudkan untuk menampung sebuah lapangan terbang tetapi lapangan terbang tak jadi dibina di Hulu Selangor. Ianya dibina di Sepang. Kenapa? Tanya Tan Sri Mohammad Taib. Satu perancangan sedang dibuat untuk menghidupkan kawasan tersebut. Dari tahun 1998 lagi banyak perancangan telah gagal. Harap kali ini akan berjaya. Pangsapuri-pangsapuri itu akan dijual selepas kawasan itu dimajukan semula.

3. Kalau yang komen tu kata nak beli 10 pangsapuri di Bukit Beruntung, saya rasa tuan tak tahu masalah sebenar Bukit Beruntung walaupun tuan mungkin duduk di situ. Dah banyak kali keluar iklan untuk melelong pangsapuri-pangsapuri itu dengan harga RM6,000 hingga RM8,000 tetapi masih kosong lagi. Kalau betul-betul nak beli, bolehlah beli melalui lelongan-lelongan tersebut. Kalau sekadar nak cakap saja siapa-siapa pun boleh! Tapi tak apalah tulislah puas-puas. Sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati tuan.

4. Kalau hendak bagi ibu tunggal atau fakir miskin pun tak guna, sebab tak banyak peluang pekerjaan di sana. Lebih baik cari kawasan-kawasan seperti Petaling, Ampang, Gombak atau Kelang. Pusat Zakat memang ada bagi subsidi sewa kepada kumpulan-kumpulan tersebut.

Iskandar A. Samad

No comments: