Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 23, 2010

TEKTIK BN MENAKUTKAN SEMANGAT GENERASI MUDA MENGUNDI DI PRU!3 NANTI !

‘Berkempen’: Keahlian kelab pelajar UKM digantung

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu dan menghadapi prosiding tatatertib digantung tugas dan jawatan mereka dalam Kelab Sains Politik, universiti itu.

Menurut timbalan presiden kelab itu, Mohd Rahimi Hassan, keempat-empat mereka menerima surat penggantungan pada surat yang bertarikh 14 Jun lalu dan ditandatangani oleh ketua Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Mereka yang digantung tugas itu ialah Hilman Idham selaku presiden, Ismail Aminuddin – naib presiden, Azlin Shafina – setiausaha dan Woon King Chai selaku exco kelab berkenaan.

“Kandungan surat yang diterima menyatakan bahawa penggantungan tugas dan jawatan mereka adalah bermula daripada tarikh 2 Jun atas alasan bahawa prosiding ke atas keempat-empat mereka masih lagi belum selesai,” kata Mohd Rahimi dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, keempat-empat mahasiswa itu berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Mereka pada 1 Jun lalu memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Menurut Mohd Rahimi, sehubungan dengan penggantungan itu, kelab berkenaan mengambil keputusan mengadakan mesyuarat tergemparnya pada Selasa depan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi membincangkan tindakan susulan.

“Agenda mesyuarat antaranya ialah membincangkan pendirian persatuan berkenaan keputusan UKM untuk menggantung kedudukan keempat-empat ahli berkenaan,” katanya.

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Tindakan ini sekata dan sejiwa serta semahunya kepada elemen-elemen politik BN selaku pemerintah sementara dimalaysia ini.Andainya menang majoriti bergaya keatas Pakatan Rakyat di PRU 13 mungkin adanya usaha-usaha menanam benih kebijaksanaan dan menghapus kekalutan ilmu dan vision keatas UKM dari intelektual dan pemikir ilmuan Islam khususnya dari Pakatan Rakyat dan rakyat yang bebas haknya.Insyaalah

Anonymous said...

Tindakan Kerajaan BN adalah ke arah memperbodohkan oran-orang Islam dan menjumudkan pemikiran rakyatnya sendiri