Saudara Pengarang,
SAYA ingin merujuk kepada satu berita disiar pada malam 27 Januari 2010 di Star online atas tajuk ‘Police Investigate Sabah News Portal’. Keesokkan harinya saya juga difahamkan berita serupa telah dimuat di akhbar tempatan di Sabah terbitan 28 Januari 2010.
Sebagai peminat Sabahkini.Net saya terpanggil membuat kenyataan ini dan mohon ianya dapat disiar tanpa ubahsuai.
Seorang blogger pernah menyiarkan logo PDRM yang diubahsuai seperti gambar logo kecil dalam gambar di atas yang mempamer kepala anjing dan c4).
Saya kurang setuju dengan penyiaran logo tersebut sebab saya percaya kepada kedaulatan Undang-Undang. Setiap Negara perlukan pasukan Polis untuk mempastikan Undang-Undang tersebut dilaksanakan.
Tanpa Polis, banyak urusan kehidupan masyarakat tidak akan terurus dengan aman dan tenteram. Apa yang kita tidak perlukan adalah angggota Polis yang tidak bermoral, tidak ada etika kerja mulia dan Polis yang tidak amanah melaksanakan tugas yang dipertanggung jawabkan.
Bagaimanapun mengambil kira situasi terkini, saya berpendapat blogger tersebut telah memberi rakyat Malaysia semua mesej tepat tentang keadaan Pasukan Polis kita sekarang yang ibarat seorang perkerja kita yang tidak berdisiplin.
Jika ianya dijangkiti sejenis penyakit, kita biarkan dan tidak membawanya kepada pakar perubatan untuk rawat segera, maka penyakit perkerja kita itu pasti sekali akan menjadi kronik. Lambat laun perkerja kita akan mati. Yang kerugian adalah kita sendiri. Saya mempunyi banyak alasan untuk menyatakan sedemikian. Antaranya adalah berasaskan pengalaman saya sendiri dan kejadian berikut.
Pertama sekali ‘Polis Bukan Raja Di Malaysia.’ Mereka adalah salah seeorang dari ratusan ribu tenaga kerja untuk rakyat yang digaji oleh rakyat. Gaji mereka bukan dibayar oleh UMNO atau Barisan Nasional (BN) tetapi daripada cukai yang dikutip daripada keringat, darah dan air mata setiap rakyat Malaysia.
Justeru ahli pembangkang yang membayar cukai adalah juga merupakan majikan kepada semua anggota pasukan Polis. Pendeknya Polis wajib berkerja untuk rakyat, bukan untuk pemimpin UMNO atau BN. Jika mereka pilih kasih dalam mengambil tindakan, maka mereka layak dilabel sebagai tidak amanah.
RAKYAT TAK KIRA PEMBANGKANG ADALAH MAJIKAN POLIS !
Kisah berikut saya coretkan untuk dikongsi dan renungan kepada mereka yang prihatin tentang Polis di Malaysia.
Pada 26 Disember 2006 ketika saya berada di Agra, India beberapa anggota Polis telah datang ke rumah saya di Sandakan kononnya untuk menyampaikan satu perintah yang dikeluarkan daripada Pendaftar Mahkamah Syariah, Kota Kinabalu.
Sekembali saya ke Malaysia, saya telah menjalankan penyiasatan dan mendapati perintah yang dikeluarkan telah diperolehi oleh seorang ‘pendatang tanpa izin’ (Pati) tetapi diberi kerakyataan Malaysia melalui ‘IC projek’ yang pernah dilaksakan untuk menambah pengundi Islam di Sabah.
Perintah dimaksudkan kemudian didapati, walau telah melanggar kaedah yang ditetapkan dalam Enakmen dan prosedur Mahkamah, telah dilanjutkan dengan pengeluaran perintah lain.
Siasatan menunjukan perintah yang diperolehi kemudiannya adalah berasaskan kepada akuan Palsu diikrar oleh seorang Peguam bernama Mohd Syahifulrazi Jaini (gambar kecil).
Setelah mengetahui perintah digunapakai melanggar kaedah Mahkamah dan berunsur jenayah di bawah ‘Penal Code’, laporan kepada Polis telah saya sendiri dan ahli keluarga saya buat tetapi kesemuanya kini nyata, Akuan palsu yang dibuat oleh Peguam tersebut tidak ada diambil tindakan oleh Polis.
Peruntukan Seksyen 199 dan Sekyen 200 Penal Code, saya perolehi daripada http://www.agc.gov.my/, menyatakan seperti berikut:
Section 199: “Whoever, in any declaration made or subscribed by him, which declaration any Court, or any public servant or other person,is bound or authorized by law to receive as evidence of any fact,makes any statement which is false, and which he either knows or believes to be false or does not believe to be true, touching any point material to the object for which the declaration is made or used, shall be punished in the same manner as if he gave false evidence.
Using as true any such declaration known to be false
Section 200: "Whoever corruptly uses or attempts to use as true any suchdeclaration knowing the same to be false in any material point,shall be punished in the same manner as if he gave false evidence"
Pihak Polis telah mendakwa saya di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas berbagai tuduhan di bawah Ordinan Kesalahan Kecil. Masalah yang saya hadapi adalah berpunca dari satu perintah yang diperolehi oleh Saifulrazi yang membuat dan mengikrar satu affidavit yang diketahui oleh Peguam tersebut kandungannya adalah Palsu.
Tidak perlulah saya huraikan secara terperinnci kenapa aduan saya kepada Polis terhadap Peguam tersebut sehingga sekarang tidak ada diambil tindakan walaupun jenayah yang dilakukan nyata terang, jelas dan terbukti. Terbukti Polis hanya akan bertindak terhadap individu yang dianggap ‘liabiliti atau ancaman ‘ kepada pemerintah. Misalnya seperti bekas Ketua Bahagian UMNO Labuan yang didakwa di bawah Seksen 199, Kanun Keseksaan.
Sila rujuk berita The Star di http://thestar.com.my/news/story.asp
Kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah itu bermotif ‘kelentong’ rakyat Sabah untuk menutup kelemahan dan penyakit kanser yang telah menular dalam tubuh badan pasukan Polis Di Raja Malaysia sekarang.
Saya dapati berita berita disiar oleh Sabahkini.Net. selama ini mengandungi bahan yang ditulis dengan jujur dan ikhlas menjaga kepentingan rakyat Malaysia khasnya di Sabah daripada dibaham ‘musang-musang yang berbulu ayam’.
Kalau ada berita yang berunsur fitnah saya penuh yakin tidak salah jika ada rakyat Sabah cabar Pesuruhjaya Polis itu sila heret Sabahkini.Net atau penulisnya ke Mahkamah.
‘Orang gaji’ seperti ini sewajrnya telah lama dipecat oleh rakyat Malaysia. Puluhan ribu graduan muda yang miliki ijazah pelbagai bidang masih menganggur. Apa salah jika mereka ini diambil bertugas menggantikan Polis tua yang tidak amanah ini!
Sebelum mengakhiri pandangan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada Sabahkini.Net. Teruskan usaha saudara. Dedahkan segala salahlaku Polis yang masih mempunyai ramai ‘Anak Didik Rahim Noor’ . Tentu saudara masih ingat satu ketika dulu bagaimana Rahim Noor muncul di Berita TV menyeru rakyat Malaysia supaya bertenang kerana banduan yang mereka tangkap sihat wal afiat di dalam lokap Polis.
Namun setelah disiasat oleh sebuah Suruhanjaya terbukti banduan yang diumumkan Rahim Noor ketika itu telah dipukul dengan matanya ditutup dan tangannya digari!.
Segala usaha Sabahkini.Net adalah berupa berbakti kepada generasi akan datang. Semoga mereka jadi ahli rakyat Malaysia yang berminda merdeka, tidak mudah diperbodoh oleh sesiapa. Kalau ada badan atau individu ang harus disiasat, Pesuruhjaya Polis Sabah sekaranglah individu pertama yang harus disiasat atas kegagalannya dalam kes-kes seperti berikut:
A) A) Gagal mengambil tindakan wajar menangani kes perebutan tanah Tingkayu, Kunak sehingga menyebabkan kematian. Berpuluh laporan Polis telah dibuat tetapi Polis sengaja biarkan situasi berubah menjadi kacau bilau. Lebih dashyat, pendatang tanpa izin yang diupah oleh individu tertentu menggunnakan senjata api buatan sendiri awal-awal lagi telah diadu kepada Polis, tetapi aduan mereka engggan diterima oleh Polis;
B) B) Kes rampasan tanah di Latangon, Kinabatangan yang dipindahmilik menggunakan dokumen palsu tetapi, walaupun telah diadu kepada Polis, sehingga kini sengaja didiamkan oleh Polis. Saya menyimpan banyak kes serupa. Insah Allah jika ada kelapangan saya akan dedahhkan kesemunya.
Situasi rakyat Malaysia di Sabah sekarang adalah ibarat meletak ‘harimau menjadi penjaga kandang kambing kita.’ Kebaikannya mungkin pencuri tidak berani datang ganggu perusahaan ternakan kambing kita.
Keburukannya pula, jika kita lalai atau tidak berawas, semua kambing ternakan kita berkemungkinan besar ‘lenyap’ dibaham harimau yang kita letak menjaga ternakan kita.
Fikirkanlah sebelum membuang undi di masa hadapan.
OKK HASSNAR EBRAHIM
Mantan Ketua Daerah Sandakan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment