Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 29, 2010

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DITEMPELAK PEMUDANYA DAN BLOGGER BPN

Memang dah gempar exco Pemuda meminta KJ melatakkan jawatan secara sukarela. Ini bukan kerana benci dan dengki, tetapi ini kerana semangat sayangkan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Umno mesti tetap kuat dan bertahan dihati rakyat.
KJ menyandang jawatannya dengan cara yang kurang beradab dan diluar susila bangsa Melayu. KJ juga tidak mampu menyatukan Pemuda menjadi satu sayap yang gagah perkasa dan kuat untuk menguatkan Umno, sama ada secara terancang atau tidak. KJ melantik Ketua-Ketua Pemuda Negeri yang bukan kehendak suara akar-umbi semata-mata bagi mendapatkan pengaruh untuk menjadi PM pada usia 40 tahun. Pemuda juga dalam keadaan yang paling lemah berbanding masa-masa lalu.
KJ menjadi Ketua Pemuda bukan dari bawah. KJ langsung tidak menyerap semangat Umno dan tidak memahami perjuangan parti. KJ memang sepatutnya berundur secara terhormat dan segera.
Pemuda Umno Pahang sokong KJ letak jawatan? Yang terhutang budi tentu akan tergadai body. Tidak semua orang lahir dengan bakat sebagai pemimpin. Tidak semua pemimpin akan disayangi pengikut. Tidak semua pemimpin akan berjaya mencapai dan mengecap hasil perjuangannya sendiri. Sejarah banyak membuktikan bahawa ramai pemimpin hanya terkandas ditengah jalan, bahkan ada yang tertikam dan menikam belakang.

No comments: