Kesemua konflik yang berlaku dan bermain di dada akhbar adalah perkara biasa dalam politik dan parti-parti politik. Apa yang membezakan ialah penonjolan kepimpinan dan bagaimana pemimpin itu mengendalikan masalah sehingga selesai.Tatkala ini kita dapat melihat sama ada mereka mempunyai kemampuan memimpin atau mereka hanyalah sekadar pemanas kerusi.
Lihat senario 1 dimana Dato' Nik Aziz Nik Mat dengan kepimpinan Dato' Abd Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa dan Dato' Mustafa Ali. Hari ini PAS akan bermesyuarat. Keputusannya insyallah sudah dijangka, semua akan menjadi OK dan kembali seperti biasa.
Senario kedua di mana Ahli-ahli UMNO mempertikaikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akhirnya, kedudukannya sebagai presiden parti itu diambilalih oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.
Dalam hal UMNO, teman rasa Najib mungkin telah melaksanakan tugasnya dengan baik cara UMNO .Fasa pertama kepimpinannya ialah memberikan tumpuan kepada pengurusan negara. Beliau berusaha membina keyakinan rakyat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Dalam fasa kedua, Najib mula memberikan perhatian kepada parti -- Barisan Nasional dan UMNO. Teman jangka beliau akan melakukan beberapa perubahan lagi dalam parti itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
1 comment:
Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?
Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.
Natijah dari kemelut ini ialah memang PAS akan menyertai BN tahun 2010/2011 jika suara pro-UMNO diikuti ramai. Ketika itu kita ucapkan selamat tinggal kepada PR.
Jika pemimpin PAS memilih untuk bersama PR, beberapa pemimpin PAS perlu didisiplinkan. Dalam isu kepala lembu, tiada pemimpin tertinggi PAS seperti presiden dan timbalan presiden yang turun padang untuk membetulkan keadaan.
Post a Comment