Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 26, 2009

CAJ RM 50 KE ATAS 1KREDIT KAD AKAN MENAMBAH DUKA RAKYAT

Teman ingin menyentuh tentang cadangan Kerajaan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 kepada pemegang utama kad kredit dan RM25 kepada pemegang kad tambahan.
Kununnya ,tujuan yang dinyatakan adalah untuk mengurangkan penggunaan kad kredit dan menghapuskan budaya hidup berhutang.

Namun teman percaya pengenaan caj perkhidmatan ke atas pemegang kad kredit tidak akan menyelesaikan masalah ini.

Malahan ianya akan menambahkan beban kepada pengguna kad kredit, terutamanya daripada mereka dalam golongan berpendapatan rendah.
Sebaliknya pengenaan caj perkhidmatan ini akan menambah kantung Kerajaan. Daripada jumlah sebanyak 2 juta pengguna pada tahun 1997, kini pengguna kad kredit adalah seramai 11 juta orang. Ini bermakna dalam sekelip mata, Kerajaan akan memungut sebanyak RM550 juta (atau RM0.55 billion).
Persoalannya ialah apakah matlamat yang akan dicapai? Apakah gunanya wang kutipan tersebut?
Sekiranya benar tujuan Kerajaan adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kad kredit, atau dengan kata lain untuk menghapuskan budaya hidup kredit, maka langkah ayng lebih sesuai dan realistik adalah saperti berikut:

1. Mensyaratkan bahawa kelayakan menjadi pemegang kad kredit hanya untuk mereka yang pendapatan bersih (setelah ditolak liabiliti dan tangungan tetap) adalah 2/3 daripada gaji mereka. Bermakna jika gajinya RM1,500-00, gaji bersihnya ialah RM1,000-00, dengan kelayakan minima pendapatan bersih sebanyak RM1,000-00 sebulan;

tau sebagai alternatif, mereka yang termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan mengikut kriteria LHDN barulah layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan penggunaan kad kredit;

2. Had maksimum kredit bagi setiap pemegang kad tidak boleh melebihi 1/3 x 6 bulan daripada gaji atau pendapatan mereka. Bermakna kalau gaji atau pendapatan mereka sebanyak RM1,500-00, maka had kredit mereka adalah RM500-00 x 6 bulan iaitu RM3000-00;

3. Bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu kad kredit, tiap tambahan kad kredit hendaklah dikenakan caj perkhidmatan RM50-00, dan tambahan berikutnya dikenakan tambahan caj perkhidmatan RM25-00 tiap kad.Caj lagi?nampaktak?
A

No comments: